FOLLOWER

1 Mei 2014

Hati Seorang Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat hari pekerja.

#hatiseorangpekerja pada 1 Mei seluruh warga dunia mengetahui bahawa hari ini adalah Hari Buruh atau Hari Pekerja.  Kalau tak silap dari zaman sekolah lagi hari ini antara hari yang ditunggu.  Bukan kerana budak sekolah kena bekerja tetapi pada hari ini hari cuti umum kerana cikgu juga cuti.  Sebenarnya percayalah pada zaman sekolahan dulu memang tidak tahu pun apa peranan pekerja.  Kalau tahu pun tidak faham sangat kan.



Tetapi sekarang bila dah bekerja tahulah peranan dan #hatiseorangpekerja.  Walaupun demikian perasaan masih sama iaitu konsep 1 Mei adalah hari cuti umum.  
Betullah kita dah bekerja bila dapat cuti seribu rahmat.  Walaupun begitu kita tahu bila bercuti pasti terdapat sedikit gangguan pada kitaran kerja.  Namun sebagai pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman, gangguan pada kerja tidak seharusnya terjadi dengan adanya perancangan tugas yang cekap dan berkesan.

#hatiseorangpekerja walaupun 1 Mei ini dia bercuti tetapi masih lagi ada tugas lain yang menunggu.  Antaranya kerja-kerja di rumah seperti mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk dan pakaian, membasuh kereta, mengemas di halaman untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan sebagainya.

#hatiseorangpekerja sesekali bila dirai rasa betul-betul dihargai.  Hilang penat dan bimbang seketika.

Sesekali dapat hadiah sebegini pada hari pekerja, sudah tentu berbunga #hatiseorang pekerja.  Gambar hiasan.


sumber:  JPA
Tahun ini (2014), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 seperti berikut:

Tarikh : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Wawasan, Jitra, Kedah
Perasmi : Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Tema:  Penjawat Awam Tiang Seri Negara

Selamat hari pekerja!

#hatiseorangpekerja

1 ulasan:

  1. Selamat hari pekerja dan selamat bercuti...
    Salam Rejab :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...