FOLLOWER

10 Jun 2014

Di mana ada mailbox di situ ada SPAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di mana ada mailbox di situ ada SPAM


Sudah jadi lumrah walaupun di mana berada walau apa situasi sekali pun... benda alah yang bernama SPAM pasti akan mengekori.



Saya baru buka alamat email baru.  Buat sementara waktu mungkin dalam 2 atau 3 bulan ia masih selamat.  Tetapi malam ini ketika nak update mailbox yang dah 2 hari tak buka... tiba-tiba terserempak dengan encik SPAM yang bertenggek di antara deretan email yang belum dibuka.

Seperti biasa juga ia pasti akan memulakan dengan kata-kata manis dan janji manis.  Ayatnya sama tetapi diubah sedikit pada nama pengirim... konon-konon dalam kesusahan sangat...

Lantaran itu... mampukah kita bersangka baik kepada SPAMMER ini?

Segala-galanya terpulang kepada kebijaksanaan kita sendiri.  Jangan mudah terpedaya SPAMMER juga ada hati nak berbicara mengenai integriti... hebat kan?

Kita lagi hebat sekiranya kita tidak mudah terpengaruh dengan taburan janji manis oleh SPAMMER.




1 ulasan:

  1. Assalamualaikum .
    Nik ada tag awak
    http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...