FOLLOWER

17 Jun 2014

Jahit tudung sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jahit tudung sendiri

Gambar ini telah dimuat-turun ke akaun facebook.

Hari minggu lepas tercapai hasrat di hati yang terpendam sekian lama.  
Hasrat untuk memilik tudung hitam... Rasanya tiada dalam koleksi sendiri... yang ada dulu telahpun dihadiahkan kepada orang lain atas sebab-sebab tertentu.
Dan... kini teringin memiliki tudung hitam dan hasil dari tangan sendiri.

Bukan tidak boleh beli yang sudah siap atau jahit dengan mesin (masih guna tangan jugak kan?)  Tetapi disebabkan mesin sudah uzur dan mengambil masa untuk dibaik-pulih, maka jahit sendiri adalah lebih afdal dan jalan yang terbaik ... buat masa ini.

Kain berkenaan adalah kain hitam dari jenis apa .... maaf saya kurang arif sangat dengan nama kain.  Jenis kain yang saya tahu kain cotton, lycra, satin, sutera dan kain batik (hehehehe).


Keronsang kecil menghiasi tudung polos hitam bagi
menambahkan sedikit kelainan dan tambah seri

Pengalaman menjahit tudung sendiri ini saya perolehi ketika bertugas sebagai guru tadika Islam di Ipoh selepas tamat SPM.  Sekarang skill  (kemahiran) itu sedikit pudar tetapi ditambahbaik dengan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Hasrat untuk memliliki tudung hitam ini suatu ketika dulu pernah timbul tetapi pudar kerana teguran oleh pekerja kedai tudung.  Katanya saya tidak sesuai pakai tudung hitam... nampak gelap dan sebagainya.

Setelah sekian lama... baru-baru ini timbul semula hasrat itu.  Dan kini hasrat telah tercapai.

Inshaa Allah akan berkongsi cara menjahit tudung sendiri sekiranya ada kelapangan serta ada yang berminat untuk mengetahuinya.

Hitam lah hitam  sitampuk manggis
Sungguhpun hitam dipandang manis

5 ulasan:

  1. jahit sendiri untuk keluarga boleh jimat banyak, tinggal beli kain je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... memang jimat tetapi masa dan semangat perlu kuat untuk jahit sendiri nie... :D

      Padam
  2. Denaihati komen kat sini..?

    impress!

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen uncle pun apa kurangnya...
      teruja sangat2... kan!!!

      Padam
  3. hurmm jahitan jenis apa nie?

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...