FOLLOWER

22 Julai 2014

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sementara menantikan idea baru saya nak ajak rakan blogger menyertai segmen puasa & kueh raya pertama yang dianjurkan oleh mummy an.

Duduk tak duduk dah nak raya.  Puasa di bulan Ramadhan ni memang mencabar bukan kerana lapar atau letih tetapi tercabar dengan keadaan kesihatan diri sendiri dan anak-anak.  Cuaca panas sekarang ni ada ketika mencecah sehingga 32 darjah celcius (saya tak jumpa ikon untuk suhu pada keyboard nie).

Bulan puasa memang sibuk dengan macam-macam aktiviti.  Pertama dan hingga ke berapa entah la sibuk dengan persiapan baju untuk anak-anak bercampur dengan kejar masa untuk khatam Quran lagi. Maklumlah orang perempuan kan tempoh puasanya terhad jadi dalam tempoh masa yang ada tu kena pulun betul-betul untuk khatamkan Quran.  Bila dah khatam baru rasa sempurna puasa... betul tak? macam hipokrit jer kan.

Sebelum puasa lagi dah mula mengira nak beli kueh raya.  Tetapi disebabkan kueh raya sekarang boleh dapat pada bila-bila masa jadi tidaklah nak berkira sangat.  Yang pasti untuk raya pertama selalunya makan yang berat-berat seperti lemang, ketupat, rendang seangkatan dengannya.  Jika dikenangkan semasa ada arwah emak dulu... kueh raya yang mesti ada pada pagi hari raya pertama adalah kueh samprit atau biskut dahlia, biskut peanut butter dan biskut buah.

Pemenang akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus. 
Pakaian adalah tajaan Surf&Shoppe dan Bundle Bobbi.

Selamat maju jaya!

10 ulasan:

  1. salam & hai
    selamat bersegmen :)

    BalasPadam
  2. Assalaamualaikum dear..

    Ini kira kueh raya cap tunjuk lah ni kann.. Anyway, terima kasih sudi join. Semoga diberkati Allah selalu.

    Semoga terus istiqamah menjalani ibadah puasa di penghujung Ramadan ini.

    BalasPadam
  3. singgah dari segmen yang sama

    http://khudri2337.blogspot.com/2014/07/segmen-puasa-kueh-raya-pertama.html

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah berjaya khatam Quran yer syabas beti syabbass

    BalasPadam
  5. salam

    balas kunjungan dr segmen yg sm :)

    BalasPadam
  6. Eira datang beraya..
    Selamat bersegmen..
    http://eiraaikawa.blogspot.com/2014/07/segmen-puasa-kueh-raya-pertama.html

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...