FOLLOWER

15 Ogos 2014

Jaga hati dan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jaga hati dan perasaan

Ada perasaan, beri perasaan (simpati), dapat simpati (bantuan)

Tajuk di atas boleh saja diabaikan sekiranya ia langsung tidak menggambarkan apa yang akan diceritakan.

Cerita ini lebih kepada menjaga hati dan perasaan orang sehingga kadang-kala terabai hati dan perasaan kita.  Tetapi kita tidak perlu bimbang dan gusar kerana hati dan perasaan kita adalah milik Allah.  Sentiasa berdoa semoga dikurniakan kekuatan hati dan kebaikan perasaan untuk kehidupan kita di dunia yang fana ini.

Ketika pertama kita akan dilihat sebagai tidak tahu apa-apa dan tidak mahir melakukan apa-apa.  Kerana kita memang tidak kemahiran dan kepakaran dalam bidang itu.  Tidaklah salah untuk orang menyangka begitu tetapi kita seperlunya belajar dan memahami kepakaran yang bagaimana sesuai dengan kita serta keupayaan kita yang terhad.  Jika pun kita tidak mahir, bantulah seikhlas hati semoga usaha itu menampakkan hasil yang memuaskan jika pun tidak cemerlang.

Kita juga pasti akan rasa kecewa bila mana kita tidak mampu memberi kecemerlangan kepada organisasi. Tetapi itu bukan salah kita seorang kerana usaha ini memerlukan kerjasama ramai dan idea yang bernas.

Pada ketika lain, kita mampu memberi idea kepada orang untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.  Tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang lain.  Kita juga tidak mampu melaksanakan idea itu lantaran idea itu untuk orang dan bukan untuk kita laksanakan bersama-sama.

Justeru apabila memberi idea pastikan idea itu kita juga mampu laksanakan atau paling tidak idea itu tidak menyusahkan orang lain.

Pada masa yang lain pula kita seperti hendak abaikan sahaja apa yang berlaku di depan mata.  Untuk masa akan datang yang kita tidak tahu apa-apa.  Kerana perancangan kita jarang sekali terlaksana dengan sempurna sekiranya tiada kerjasama serta 'kebenaran' dari Ilahi.

Kita sebenarnya terikat dengan hati dan perasaan kita yang halus.  Kita berasa bahawa hati kita cukup besar untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.  Kita kadang-kadang tidak tahu menjaga hati kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan ketika bercakap dengan orang lain.  Kita bercakap ikut suka hati... lalu kita bersama kesal atas kesilapan kata-kata kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan kita ketika kita membuat keputusan.  Lantaran itu apabila keputusan itu tidak diterima kita mula menggelabah dan tidak ketahuan.

Bukankah lebih baik kita adukan sahaja kelukaan dan kedukaan hati kita kepada yang membolak-balikkan hati insan.  Terus saja berdoa kepada Allah yang memegang hati kita.  Doalah supaya hati kita tidak dibolak-balikkan.  Biar kita tegas dan reda dengan setiap kejadian.

Jaga hati dan perasaan orang itu lebih baik kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Tentang hati dan perasaan kita.... adukan saja ketika berada di sejadah.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...