FOLLOWER

2 September 2014

Buah Jejentik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Bumi Malaysia sungguh bertuah. Kaya dengan hasil bumi dan pelbagai tumbuhan. Alhamdulillah.

Buah jejentik seperti pada gambar di atas dikenalkan oleh rakan sepejabat. Beliau baru balik dari kampungnya di Kedah. (Tak ingat nama kampungnya). Buahnya kecil, kulitnya agak rapuh sentuh sikit sudah pecah, kalau nak jentik pun tak perlu kuat sangat. Isinya warna sedikit kemerahan dan rasanya sedikit masam, jika dah ranum sikit akan terasa masam manis. Jika diamati rasanya lebih kurang seperti buah rambai.

Sungguh saya tidak sangka ada banyak lagi nama buah tempatan yang saya tidak tahu dan tidak kenal. Ingatkan saya ni dah cukup kampung rupanya tidak juga. Perasan sendiri.

Bagaimana pula agaknya rupa pokok jejentik, tidak dapat nak digambarkan.

Ada sesiapa yang kenal ?

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kat Kedah banyak kot... saya pun baru pertama kali makan...

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...