FOLLOWER

5 September 2014

Elakkan jenaka menghina walaupun untuk bergurau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kita memang suka bergurau.
Kadang-kadang kita suka berdiam diri, terutama bila mood kita kurang baik...

Ketika mood kurang baik sudah pasti kita tidak suka diganggu walaupun untuk bergurau.

Tetapi tidak semua orang faham keadaan kita dan perasaan kita sepanjang masa. Terutama orang yang suka bergurau tidak kira masa. Ketika itulah... kita perlu stabilkan semula mood... bagi menghargai sebuah tali persahabatan dan persaudaraan.

Tetapi... kadang-kadang kita tidak cukup kuat untuk menstabilkan mood kita dengan tiba-tiba... terutama ketika mood yang cukup deras dan laju menghentam hati dan jiwa kita.

Untuk itu, sebagai manusia yang waras dan mampu berfikir adalah wajar untuk kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan setiap percakapan dan gurauan.

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...