FOLLOWER

27 September 2014

Terpaksa melepaskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Terpaksa melepaskan walaupun telah lama memberi nama untuk ikuti program berkenaan.

Nak dimulakan cerita, pelepasan peluang itu pada awalnya memang membebankan pemikiran dan perasaan.

Cerita ini adalah "throwback".

Minggu lepas atau mungkin juga sebelum itu lagi telah dimaklumkan mengenai kedatangan Pengasas Sendayu Tinggi bagi satu program khas untuk staf wanita. Dan... saya adalah antara orang pertama bagi nama kepada urusetia. Teruja sangat nak berjumpa dengan Puan Rozita Ibrahim.

Tetapi kita hanya mampu merancang, atas sebab tertentu perlaksanaannya hanya Allah yang lebih tahu. Pada hari kejadian saya sendiri terpaksa membatalkan hasrat untuk berjumpa dan bertemu muka dengan Pengasas Sendayu Tinggi. Ketika itu hati dan perasaan ini cukup terkesan.

Hanya seketika disedarkan ada hikmah atas semua kejadian. Dalam keadaan tertentu kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Kerana kita tidak mampu berhadapan dengan dua keadaan berbeza dalam satu masa.

Semoga ada peluang lain yang lebih baik.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Takpe nk buat camne kan..mungkin ada peluang yg lbh baik selepas ini utk YB

    BalasPadam
  2. saya selalu berkata pada hati , jika Allah x izinkah sesuatu tentu ada sebabnya ... sabarlah ya . dipanjangkan usia , insha Allah akan dapat bertemu juga nanti .

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...