FOLLOWER

11 Oktober 2014

Jika luka mana parutnya

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,





Pedihnya terasa
Luka tiada
Sakitnya terasa
Entah di mana
Kesannya ada
Parut yang tiada
Peritnya terasa
Tersimpan di mana

Pedihnya terasa
Sekian kali
Menahan pedih
Luka di mama
Peritnya terasa
Nanar mencari

Pedihnya hati
Mencari luka
Membalut nestapa
Tiada ubatnya
Sarah tiada
Parutpun tiara

Bila mana terhenti
Tiada noktah
Tiada jejak
Tiada tapak

Akan terhenti
Entah di mana
Pelabuhan sepi
Dermaga bisu
Perhentian batu
Berlagu sendu

....

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...