FOLLOWER

10 Oktober 2014

Pujian di hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pujian atau celaan

Selamat hari Jumaat kepada semua.  Semoga di hari mulia penghulu segala hari ini kita semua mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna buat kehidupan kita dunia dan akhirat.

Semua orang tidak menginginkan celaan apatah lagi apabila ianya mampu menjejaskan emosi. Sebaliknya pujian yang diterima tidaklah seharusnya kita terima bulat-bulat kerana kebaikan dan pujian itu hanyalah kepada Yang Maha Besar.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sempurna di mata manusia sehingga kita layak mendapat pujian.  Sesungguhnya pujian yang agung yang terhebat hanyalah untuk Allah.



Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.
(Ibnul Qayyim)

"Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kerana kealpaan kita sendiri selaku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan"




1 ulasan:

  1. nice sharing. semoga mendapat manfaat daripada pembacaan ini

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...