FOLLOWER

24 November 2014

Bukan kerana perancangan kurang tepat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perancangan kurang tepat


Gambar hiasan

1. Gambar di atas tiada kaitan secara langsung dengan tajuk cerita ini.
2. Kita mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
3. Ketepatan sesuatu perancangan memerlukan daya pemikiran dan pentaksiran yang tinggi.
4. Kejayaan sesuatu perancangan bergantung kepada sejauhmana komunikasi berkaitan difahami semua pihak yang terlibat.
5. Penglibatan semua warga dan ahli kumpulan turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu misi/perancangan.
6. Ahli yang berjaya tidak banyak cakap seolah-olah mengadu atau memberi arahan.
7. Ketua yang bijak pandai mengagih tugas kepada ahlinya dan tidak terlalu mengharap ahlinya 100%.
8. Agihan tugas tidak boleh dilihat sebagai berat sebelah atau tidak adil, kerana kita bukan pengadil untuk menimbang berat sesuatu tugasan.
9. Kekurangan kemahiran dalam merancang dan mengagih tugas dijadikan sempadan untuk kejayaan sesuatu perancangan akan datang.
10. Beruntunglah seorang ketua itu bilamana mendapat ahli yang tekun dalam melaksanakan tugasnya walaupun dalam kekurangan yang tidak terungkapkan.

Terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan serta saling memahami kekurangan dan kelemahan. Sama-samalah kita perbaiki kelemahan untuk kejayaan yang lebih gemilang.

~(@^_^@)~ o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. yeah perancangan penting. tapi kalu tak menjadi, takpe. proses belajar. lebih baik perancangan gagal daripada gagal untuk merancang. Jom baca entri terbaru saya :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...