FOLLOWER

24 Disember 2014

GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG


Rasa seperti tidak lengkap pula blog ini bila tak join giveaway rakan blogger yang sorang ni. Bukanlan kenal rapat sangat cuma kenal melalui blog saja.  Kalau tidak silap saya mula kenal Tengkubutang sebagai salah seorang daripada pemenang GA yang dianjurkan oleh rakan blogger Emas Putih (Uzu) dan saya merupakan salah seorang sponsor hadiah untuk GA berkenaan.

Semenjak dari GA itu terasa semakin dekat dan seperti kenal rapat sangat (kan).   Terutamanya apabila mengetahui Tengkubutang berasal dari Perak.  Saya bukanlah orang Perak tetapi menetap di Perak.  Paling manis bila dapat tahu Tengkubutang dan blognya pernah keluar dalam akhbar... bestnya, tumpang teruja pula.  

Okeylah... kembali semula kepada Giveaway.

Giveaway ini bukanlah yang pertama saya turut serta tetapi sudah berapa kali tidak pasti pula.  Nak kena tengok pada Peta Laman baru boleh nampak.


Bukan hari ini dapat tahu GA ini dianjurkan tetapi pada hari pertama lagi.  Tetapi disebabkan kesibukan dengan berbagai urusan maka hasrat terpaksa di tangguhkan juga.  Dan hari ini terbaca status terkini...hari ini merupakan hari terakhir untuk giveaway 2 year blog tengkubutang.  Dah dua tahun yer. Sebaya dengan anak bongsu saya.

Kepada Tengkubutang saya doakan semoga sentiasa sihat dan gembira serta terus berkarya untuk kebaikan semua.  Selamat maju jaya dalam dunia blogging.

Sekian.

6 ulasan:

  1. =).. terharu baca entri Giveaway ni.. tQ tQ.. moh kita blogwalking peserta lain yang turut serta.. =)

    BalasPadam
  2. Singgah dari segmen sama, Good Luck!
    Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang
    Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad

    #PRAYFORMANGSABANJIR #PRAYFORMALAYSIA

    BalasPadam
  3. singgah sini

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/12/giveaway-2-year-tengkubutang.html

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...