FOLLOWER

26 Disember 2014

Semoga mentari bersinar indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semoga mentari bersinar indah


"Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Kita biasa dengar atau baca di mana-mana petikan yang berbunyi "setiap yang berlaku ada hikmahnya".  Memang betul.  Kerana itu kita perlu redha dengan setiap ketentuan.

Kadang-kadang kita mampu menuturkannya kerana kejadian itu tidak menimpa pada kita.  Sekiranya terjadi pada kita, kita harus kuatkan semangat dan sabar. Bantuan untuk kita akan tiba juga.

Sekarang, musibah melanda saudara-mara kita.  Mereka terperangkap dalam banjir dan entah apa keadaan mereka.  Apa yang kita lihat di kaca televisyen mungkin tidak sama dengan apa yang mereka rasa.  Kesusahan mereka sepatutnya turut menjadi kesusahan kita juga.  Cuba berada dalam situasi yang sama.  Jika situasi berbeza tetapi kita punya hati dan perasaan untuk berada di tempat yang sama.


Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.  Kita yang tidak menempuh situasi musibah yang melanda seharusnya mengambil iktibar dan tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka.

Semoga mentari bersinar indah dan segala keperitan segera berakhir.  Setiap usaha mendapat barakah.


#PrayForPerak
#PrayForPantaiTimur


4 ulasan:

  1. Sedangkan kita yang hanya melihat pun terasa berat, inikan lagi yang menerimanya, semoga keadaan bertambah baik berbanding sebelumnya

    My Blog :

    http://segalaceritera.com/atik/

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Are.
      Semoga mereka juga tabah mengharungi ujian ini.

      Padam
  2. setuju sangat dengan apa yang dicoretkan
    berat mata yang memandang, berta lagi bahu yang memikul

    p/s-membalas kunjungan n done follow sini #1077

    BalasPadam
  3. terima kasih Yana.
    Semoga kita dan mereka tabah dengan ujian ini.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...