FOLLOWER

20 Mac 2014

Bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini bukan sekadar membuat pilihan ya atau tidak tetapi lebih daripada itu.  Dalam menghadapi dilema untuk sesuatu yang tidak pasti kita sebenarnya ada pilihan.  Pilihan itu terpulang kepada kita hendak buat atau tidak, hendak pergi atau tidak, hendak pilih atau tidak semuanya bergantung kepada suara kecil dalam lubuk hati kita.



Kita memang akan sentiasa berhadapan dengan berbagai pilihan.  Kadang-kadang kita melihat dilema itu seperti tidak memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan.  Tetapi percaya atau tidak setiap pilihan yang kita ambil itu ada hikmah tersembunyi.

Untuk mendapatkan hikmah terbaik bagi setiap pilihan yang diambil ia hendaklah diiringi dengan tawakkal dan tawassul kepada Allah.  Dengan yakin dan percaya bahawa pilihan yang kita ambil itu adalah yang terbaik kepada kita.  Mungkin juga kita tidak melihatnya pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang ia akan menjadikan ia sebagai pilihan yang terbaik.

Memang perit sebenarnya untuk menyatakan pilihan itu yang terbaik sekiranya ia menyebabkan kita kecewa atau orang lain kecewa.  Bersabar dan bertenang serta ingatlah bahawa setiap pilihan itu adalah takdir dari Allah.


Tetapi antara pilihan buruk dan baik... sekiranya kita telah tersilap memilih yang buruk segeralah kembali ke pangkal jalan dan beristighfar... bersyukurlah kerana kita masih ada masa untuk melakukan yang terbaik.  Kesilapan lalu dijadikan iktibar dan sempadan dalam menilai kehidupan dan peranan kita di muka bumi ini.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab atas apa juga pilihan yang kita buat.  Kesilapan dalam membuat pilihan adalah kerana kelemahan pengetahuan serta pengalaman kita sendiri.

Hidup ini bukan sekadar pilihan.  Beruntung insan yang sentiasa mendapat kebaikan dalam setiap pilihan dibuat.  Tak perlu curiga atau cemburu dengan pilihannya tetapi berusaha dah berdoa agar pilihan yang kita pilih juga terbaik untuk kita, agama kita, keluarga kita serta insan sekeliling kita dunia dan akhirat.  Semoga pilihan yang diambil itu tidak mendatangkan mudarat dan musibah kepada diri kita dan manusia sekeliling kita.

Sentiasa muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri semoga titik kesilapan yang telah ternoktah itu bisa ditukar kepada hasil yang lebih baik diiringi dengan keinsafan.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

Roti dan sekaya menu sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Roti dan sekaya memang tidak boleh dipisahkan.  Umpama lagu dan irama, enak bersatu dalam aroma, enak dimulut kenyang di perut.


Roti dan sekaya pilihan

Roti dan sekaya merupakan makanan kesukaan anak-anak.  Mereka tidak akan makan yang lain selain dari roti dan sekaya setiap pagi.  Sekiranya hidangan selain dari roti dan sekaya... kurang sangat dijamah.  Anak-anak kan...

Pernah satu hari, ayahnya menukar menu dari roti sekaya kepada roti telur.  Sikit sangat mereka jamah.  Hanya cubit dihujung saja.

Nak kata terkilan, tak perlulah ... anak-anak masa sekarang memang begitu agaknya selera mereka.  Cuma mungkin sedikit menyukarkan kerana perlu mengikut selera mereka sahaja.  Walau apapun semoga umi dan ayah mampu mengikut rentak mereka.  Atau kelak mereka akan mampu mengikut rentak umi dan ayah pula.

Roti dan sekaya memang sedap terutama bila dibakar bersama mentega... harumannya memang membuka selera.  Agaknya itulah yang menyebabkan anak-anak terpikat.

Di mana dan bagaimana nak susun ayat ni... perenggan dah berterabur.  Tulisan pun dah tunggang langgang.  Nak kata banyak sangat mengarang tak juga.

Cukuplah dulu cerita caca marba pagi ini.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...