FOLLOWER

11 April 2014

Tiada rasa jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Tiada rasa di jiwa
Tiada perasaan untuk apa
Robek rasa jiwa lara
Mengutip rasa alpa bersemadi entah di mana

Puing hitam putih bersilih ganti
Tersentak tengadah retak belati
Rasa jiwa tercari-cari
Menghilang menyepi di tembok mati

Tiada rasa di jiwa
Esak tangis kehilir jua
Mudik ke hulu muara
Berbekal hangus bidara dua

Semilir kemudi mencari suasa
Tiada harga namun berharta
Puas memujuk jiwa nestapa
Gelodak di sana beradun duka



Kemboja ditabur memutih pusara
Membekam sejuta rahsia duka
Terkubur sepi bersama rahsia
Tersirat makna seribu suka
Biar pedih merah membara
Dendam apa pada cerita

Biar...
Tiada rasa di jiwa itu
Melembut kerak tidak sendiri
Telah sekian dilunak meski
Andai itu kehendak hati
Fahamlah kini apa terjadi
Usah digoyang kerasnya jati
Kelak patah memakan diri
Mati hati mati diri
Mata putih bersilih ganti
Merah kesumba mengalir pasti

Andai sudah suratan takdir
Reda dan pasrah mohon hadir
Membawa pergi sakit tersingkir
Moga bahagia datang mengukir

Derita rasa nyah menyingkir
Usah diragukan keputusan yang hadir
Walau cepat atau lambat
Ia pasti akan tiba
Kentalkan jiwa ingatlah Yang Mentakdir

Sekian
~~~~
Nukilan: yangbaik | 11.04.2014 | 19:50

posted from Bloggeroid

CPUV pertama April 2014 | Downy Dolce MMP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Musim sekarang ni tidak menentu sekejap panas dan sekejap hujan.  Bagi suri rumah mungkin tidak kisah sangat sebab sentiasa ada di rumah boleh jemur dan angkat kain pada bila-bila masa yang tertentu.  

Ehh... jangan ingat YB merungut atau memperkecilkan tugas suri atau sura rumah pula.  

Contoh gambar untuk musim sekarang.


Bagi kami yang bekerja, bila tiba masa cuaca tidak menentu sudah tentu memberikan idea dan kreativiti tersendiri juga.  Maklumlah bila jemur pakaian diampaian waktu pagi tak sedar tengahari hujan, balik petang... pakaian tak juga kering... apahal.  


Sembunyikan dan tutup rapat-rapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sembunyikan dan tutup rapat-rapat apa jua rahsia yang ada.  Tidak kiralah rahsia diri sendiri atau rahsia orang lain.


'gambar hiasan'

Sembunyikan dan tutupilah rapat-rapat kebaikan yang pernah Anda lakukan melebihi rapatnya Anda menutupi dan menyembunyikan keburukan yang pernah Anda lakukan.
(Abu Hazim)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$

Projek menjahit manik dan pembantu setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek ini pada asalnya memang tiada kaitan dengan dia kerana bajunya tidak boleh dijahitkan manik... habis dicungkilnya.  Tetapi harus juga diselitkan wajahnya kerana dia pembantu dan peneman setia.

Dah buat entri ni kan... tak tau pulak bila nak publish sebab tunggu hari yang idea tak muncul... tetapi rasa macam tak sabar jer nak publish walaupun baru tadi dah keluarkan entri terbaru... sabar jer lah.

Anak ini memang tekun bila tiba bab menganggu gugat kerja buat umi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...