FOLLOWER

17 Jun 2014

Jahit tudung sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jahit tudung sendiri

Gambar ini telah dimuat-turun ke akaun facebook.

Hari minggu lepas tercapai hasrat di hati yang terpendam sekian lama.  
Hasrat untuk memilik tudung hitam... Rasanya tiada dalam koleksi sendiri... yang ada dulu telahpun dihadiahkan kepada orang lain atas sebab-sebab tertentu.
Dan... kini teringin memiliki tudung hitam dan hasil dari tangan sendiri.

Bukan tidak boleh beli yang sudah siap atau jahit dengan mesin (masih guna tangan jugak kan?)  Tetapi disebabkan mesin sudah uzur dan mengambil masa untuk dibaik-pulih, maka jahit sendiri adalah lebih afdal dan jalan yang terbaik ... buat masa ini.

Kain berkenaan adalah kain hitam dari jenis apa .... maaf saya kurang arif sangat dengan nama kain.  Jenis kain yang saya tahu kain cotton, lycra, satin, sutera dan kain batik (hehehehe).


Keronsang kecil menghiasi tudung polos hitam bagi
menambahkan sedikit kelainan dan tambah seri

Pengalaman menjahit tudung sendiri ini saya perolehi ketika bertugas sebagai guru tadika Islam di Ipoh selepas tamat SPM.  Sekarang skill  (kemahiran) itu sedikit pudar tetapi ditambahbaik dengan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Hasrat untuk memliliki tudung hitam ini suatu ketika dulu pernah timbul tetapi pudar kerana teguran oleh pekerja kedai tudung.  Katanya saya tidak sesuai pakai tudung hitam... nampak gelap dan sebagainya.

Setelah sekian lama... baru-baru ini timbul semula hasrat itu.  Dan kini hasrat telah tercapai.

Inshaa Allah akan berkongsi cara menjahit tudung sendiri sekiranya ada kelapangan serta ada yang berminat untuk mengetahuinya.

Hitam lah hitam  sitampuk manggis
Sungguhpun hitam dipandang manis

Status Glitterati telah kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Status Glitterati telah kembali


Kan... seperti yang telah diramalkan.
Belum sempat hantar tiket kepada Nuffnang
Status Glitterati telahpun kembali normal
Memang terbaiklah 

Terima kasih kepada rakan blogger sekelian yang telah memberikan sokongan
juga pendapatan 


Untungnya saya ada rakan yang sudi membantu.

Rank dah semakin merosot nie... 
nak mengarang panjang lebar tiada kesempatan plus m**** :P

Terima kasih sekali lagi kepada anda semua yang sudi singgah dan jenguk blog picisan ini.

Kunjungan anda semua amat bermakna kepada blog ini.
Rajin-rajin lah singgah tinggalkan komen sepatah dua kata
Kalau saya tak balas komen jangan ingat saya sombong pula
Saya akan ke blog anda dan tinggalkan komen di sana pula...

Nantikan kemunculan saya pula.

(^-^)

Susunan blog berterabur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susunan blog berterabur

Gambar hiasan 

Agak kelam kelibut sikit susunan blog untuk sehari dua ni. 
Ada hati nak tukar template blog walaupun sedang sibuk mengejar dateline.
Tunggu masa rehat baru dapat nak susun semula itupun tengok jika sempat.

Jangan pening kepala
Bila senang nanti singgah lagi yer
Ehh... tak yah tunggu senang
Bila-bila pun boleh singgah jengok dan baca apa yang berkenan.

Terima kasih atas kesetiaan semua


Antara saranan untuk berpuasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tujuan lain berpuasa

Antara gambar hiasan yang tiada kaitan.
Sumber:  Group Whatsapp

Berpuasalah, karena puasa bisa menutup pintu maksiat dan membukakan pintu ketaatan untukmu!

(Sufyan ats-Tsauri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...