FOLLOWER

23 Jun 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berblogging satu aktiviti yang menggembirakan, lebih gembira lagi bila mana blogging berupaya membantu meningkat daya kreativiti dalam dunia multimedia dan meningkatkan tahap pemikiran serta daya penulisan.

Pastinya setiap dari kita tidak sangka bahawa kita akan sampai sejauh ini dalam dunia blogging.  Memang tidak sangka sama sekali, melalui blogging kita dapat berkenalan dengan ramai orang terutamanya blogger. 
Walaupun perkenalan di dunia maya tetapi ianya erat seolah-olah rakan blogger itu berada di depan mata kita.  Kita akan saling memberi sokongan dan bantuan kepada rakan blogger.  Tidak semestinya bantuan itu dalam bentuk material atau duit ringgit tetapi lebih kepada sokongan moral kepada rakan blogger supaya lebih maju ke hadapan dalam dunia blogging.




Pengalaman mendapat bayaran pertama dari Nuffnang

Melalui dunia blogging juga kita dapat sedikit sebanyak pengetahuan untuk menambah tabungan.  Walaupun tidak banyak atau sekadar suka-suka tetapi ianya cukup memberi erti.  Bagi saya sendiri tidak ingat dari blog mana saya mendapat maklumat secara tepat mengenai Nuffnang, portal pengiklanan.  Secara kasarnya saya mula mengenali Nuffnang mulai Mac 2009 atau awal lagi.  Dari awal penglibatan dengan Nuffnang banyak juga pengetahuan dan jatuh bangun dalam mendapatkan sedikit earning melalui kempen CPUV atau kempen CPC.  Mendapat kempen CPUV merupakan satu kegembiraan kepada blogger picisan seperti saya. 

Bayaran pertama dari kempen Nuffnang saya perolehi pada bulan Mei 2010.  Ketika itu jumlah yang diperolehi tidak banyak, cukup sekadar untuk mencukupkan jumlah yang melayakkan.  Ketika itu aktiviti blogging hanyalah dilakukan bila rajin dan bila rasa perlu.  Setelah mendapat cek yang pertama usaha seterusnya adalah mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk meningkatkan imej dan watak dalam blog bagi menarik minat pengiklan.

Sehingga sekarang, saya baru mendapat 2 kali bayaran dan 1 kali bayaran masih dalam proses oleh pihak Nuffnang.  Secara purata kadar bayaran untuk blog picisan ini tidak banyak sehingga mencecah ribuan ringgit Malaysia.  Usaha untuk meningkatkan imej blog tetap dipelajari dan akan terus dicari.


Majlis dan Contes Anjuran Nuffnang


Nuffnang memang aktif menganjurkan pelbagai acara kepada ahli dan pengikutnya.  Sayangnya saya belum pernah lagi menghadiri mana-mana majlis anjuran Nuffnang atas alasan utama jauh dan masa yang kurang sesuai.  Jika berpeluang dan kena dengan masa dan majlis yang sesuai, saya mungkin akan hadir juga.  Nantikan kemunculan saya :D

Selain dari itu Nuffnang juga turut menganjurkan contest dengan kerjasama syarikat pengeluar lain seperti contest yang terbaru adalah DiGi – Lalang Sampai Menang Contest!

I Love Nuffnang


Walaupun saya tidak mengenai Nuffnang dan anggota kerjanya dengan lebih dekat tetapi saya merasakan bahawa kami seperti saling mengenali.  Pernah juga terjadi kesilapan teknikal dari pihak Nuffnang, tetapi dengan segera ia diselesaikan.  Seperti salah satu daripada kejadian INI.

Sesekali Nuffnang kelihatan seperti kedekut kerana hampir tidak memberikan peluang untuk kempen CPUV.  Tetapi itu semua ada dasar tertentu.  Bagi memberikan keyakinan kepada Nuffnang, kita perlu bekerja dengan lebih gigih seperti sentiasa mengemaskini profil dan kemaskini survey.

Segmen I Love Nuffnang ini dianjurkan oleh blogger Dunia Sebenar Shida mulai 22 Jun 2014 hingga 28 Jun 2014. 


Klik banner di atas untuk turut serta dalam segmen ini.

Terima kasih atas sokongan semua.

Sebelum sampai penyesalan yang tiada bertepi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


sumber gambar:  group whatsapp


Wajib bagi setiap muslim untuk senantiasa memohon perlindungan kepada Allah dari adzab kubur dan mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan di alam kubur dengan cara memperbanyak amal shalih sebelum ia memasukinya, karena yang demikian itu akan mudah baginya selama ia masih hidup di dunia. 

Apabila seseorang telah memasuki alam kubur, ia pasti akan sangat berharap untuk dapat menambah amal shalihnya walaupun hanya sedikit. Akan tetapi, ia tidak akan mungkin dapat melakukannya. 

Pada saat itu, yang ada hanyalah penyesalan yang tiada bertepi.
(Al-Faqih Abu al-Laits)

Pagi yang selamat dan lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat pagi semua.
2 hari tidak bersiaran di laman blog.
Masa ditumpukan kepada keluarga dan anak-anak untuk hujung minggu yang penuh dengan fantasi dan realiti.


Keindahan pagi ini semoga berkekalan hendaknya.



Selamat bertugas dengan penuh dedikasi.
Semoga kita dikurniakan kesabaran dalam mengharungi cabaran dunia pekerjaan.


Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...