FOLLOWER

25 Julai 2014

Alexa Rank setelah 15 hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Berikut adalah Rank Alexa blog yangbaik pada 10 Julai 2014

Rank:  346,219
Links in: 247
Rank di Malaysia:  4,048


Graf di atas menunjukkan betapa eratnya pengunjung di blog ini sehingga 10 Julai 2014.

Namun, segala-galanya mula berubah semenjak dari hari ini hingga ke hari ini 25 Julai 2014.  Ada ketikanya Rank itu naik sekejap apabila blog ini dikemakini dengan kerapnya pada setiap hari.  Tetapi atas kekangan masa dan blog ini semakin kurang dikemaskini.  Paling kerap pun sehari satu entri untuk memenuhi ruang kosong.  

Dan, berikut adalah Rank Alexa blog ini pada hari ini, 25 Julai 2014.

Rank:  398,208
Links in:  242
Rank di Malaysia:  5,274


Dengan perubahan Rank Alexa yang amat ketara ini memanglah sesuatu yang amat mendukacitakan.  Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berblogging.  Walaupun tujuan asal saya berblogging bukan semata-mata untuk mengejar Rank Alexa tetapi setelah mendapat sedikit sebanyak pendedahan mengenai kepentingan Rank Alexa pada blog saya mula mengejarnya.  Saya tidak cukup pantas mengejarnya kerana dunia blogging sekarang sudah semakin luas dan semakin ramai blogger yang mahir dalam bab-bab SEO dan mengejar Ranking.  

Mengalah bukan kalah tetapi mencari kesilapan untuk menyusun semula strategi agar blog ini tidak lenyap di alam maya.

Terima kasih semua atas sokongan.



Baju kurung untuk hari raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju kurung untuk hari raya



Setelah sekian lama tidak jahit sendiri.  Tahun ini Alhamdulillah berbeluang menjahit sendiri baju kurung untuk diri sendiri dan anak-anak.  Walaupun jahitan tidaklah sekemas atau secantik tukang jahit profesional yang buka butik tetapi bolehlah untuk kepuasan sendiri.  Satu lagi kekurangan saya adalah saya belum pandai menjahit baju melayu.  Kalaulah saya pandai kan... tak perlu susah-susah encik suami tempah atau beli.

Tahun ini baju kurung kami adalah dari jenis kain cotton.  Kain tu dibeli untuk raya tahun lepas. Memandangkan mood untuk menjahit tahun lepas agak merudum kerana kehilangan seseorang yang amat disayangi maka baju untuk anak-anak tahun lepas ditempah itupun di saat akhir.  Nasib baik juga kak umi nak terima.  Itu cerita tahun lepas.

Kalau tak silap tahun 2013, tema kain untuk hari raya banyak yang menggunakan kain cotton.  Tahun 2014 ini kurang periksa pulak.  Agaknya ketinggalan jugaklah saya dengan tema kain semasa nie.  Kerana saya tidak berapa suka sangat ikut aliran fesyen semasa.  Tetapi tahulah jugak sedikit sebanyak mengenai perkembangan fesyen semasa.  hehehe lari topik pula ehh.

Berbalik kepada baju untuk hari raya, biasanya baju kurung dipakai pada hari raya pertama.  Hari raya kedua untuk anak-anak saya lebih suka bagi mereka pakai baju kurung tahun lepas jika masih boleh dipakai jika tidak pakai baju yang dibeli dari pasaraya... bukan baju kurung.  Entahlah siapa yang menetapkan begini dan begitu... kita ikut saja sebab dah dari kecil kita dibesarkan begitu kan.

Selamat hari raya Aidilfitri dari saya sekeluarga.  Mohon maaf zahir dan batin.

*p/s:  sedang mencari mood untuk reka kad raya sendiri nie... kalau ada tu adalah dan kalau tiada tu... maknanya memang tak sempat.



Hari-hari yang berlalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Hari-hari yang berlalu
Ada ketikanya pedih dan perit untuk dikenang
Kerana bimbang akan berulang
Apakah akan berulang hari yang sama
saat duka dan sedih itu?
Lalu dipendamkan saja kedukaan itu bersemadi 
enggan dikenang enggan diundang

Hari-hari yang berlalu
Ada ketika manis dan suka untuk dikenang semula
Ingin juga suka itu berlagu selamanya di laman hati sanubari
Seandainya suka itu kekal di sini
Pastinya duka tiada bertandang

Hari-hari yang berlalu
Ada ketikanya hambar dan tawar
Tanpa kejutan 

Semalam yang berlalu
Penuh dengan peristiwa
sekadar untuk kenangan dan ingatan
Pastinya kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
Kerna hari ini datang lagi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...