FOLLOWER

14 Ogos 2014

Teaser | Huawei MediaPad X1 7.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Secara kebetulan hadiah untuk diri sendiri bukan sempena hari lahir atau ulangtahun perkahwinan atau kerana naik pangkat.

Hadiah ini amat bermakna dan nikmat ini disyukuri.

Semoga ada masa terluang dan saya mampu untuk menghasilkan cerita disebalik gajet ini.

Terima kasih semua!

10 mutiara kata mengenai kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sumber gambar dari FB tidak diketahui penyumbangnya.

Berikut adalah kata-kata mutiara dari Imam Syafii mengenai kehidupan:

1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

2.  Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

3.  Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.

4.  Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.

5.  Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.

6.  Sesiapa menuntu ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

7.  Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

8.  Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulai ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

9.  Persabahatan kepada orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.

10.  Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

Semoga bermanfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...