FOLLOWER

29 Ogos 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Peranan saya sebagai blogger Malaysia

Sebagai seorang blogger banyak sebenarnya peranan yang boleh dimainkan untuk menzahirkan 'Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'.

Antara peranan saya sebagai blogger Malaysia adalah dengan memberi sokongan kepada Rakan Blogger yang menganjurkan segmen atau giveaway yang berkaitan dengan Kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah segmen yang telah saya sertai
1.  Giveaway Merdeka Lestari (31/8/2014)
2.  Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia (16/9/2014)
3.  termasuk juga segmen ini...

Melalui blog saya juga pernah mengeluarkan entri berkaitan Malaysia antaranya:
1.  Saya Sayang Malaysia
2.  Malaysia! Jom Mengundi
3.  Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
4.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA
5.  Top Blogger Malaysia 2011
6.  16 September 2013 | Hari Malaysia yang ke-50
7.  Perodua Kenari Kereta Kompak untuk keluarga Malaysia
8.  Wordless Wednesday: Wajah Perdana Menteri Malaysia ke-6

Walaupun tidak banyak yang dapat saya buat kerana kekangan tugas dan masa.  Namun yang penting rasa cinta kepada negara sudah pasti bersemadi dalam darah daging ini kerana Malaysia Tanah Airku, Tanah tumpahnya darahku.  Di sini lahirnya sebuah cinta seorang blogger, dan lahirnya cinta itu turut diadaptasikan melalui karya-karya picisan yang sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat cintakan tanah airnya yang tercinta.  Bagi saya karya yang dihasilkan tidak semestinya panjang lebar seperti menghasilkan esei atau rencana tetapi karya yang pendek tetapi dekat dengan penulisnya, mudah difahami dan pengisiannya tidak terlalu ilmiah seperti jurnal akademik.

Sebagai seorang blogger, hasrat untuk membuat header atau background berasaskan kemerdekaan tetapi ada, tetapi saya bukanlah seorang designer blogger, lantaran itu hasrat itu dipendamkan sahaja.  Maka dengan masa dan ruang yang terbatas inilah saya berblogging.

Walaupun tidak mudah sebenarnya untuk menghasilkan entri dengan ruang masa yang agak terbatas tetapi usaha tetap diteruskan sebagai tanda bahawa saya sentiasa bersama blogger Malaysia lain yang sayang dan cintakan negara. Saya juga pasti rakan blogger Malaysia juga mempunyai cara mereka tersendiri untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara Malaysia.

Saya bukanlah pahlawan yang gagah menghulur senjata, bukan juga perwira yang gagah di perbatasan tetapi saya sebagai rakyat Malaysia tetap cintakan Malaysia.

Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta.




MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam kehidupan kita, kadang-kadang banyak perkara yang kita terlepas pandang.  Sama ada kita tidak perasan, buat tidak kisah atau memang tidak perasan langsung.

Kadang-kadang kita memang pandai bercakap dan pandai bagi arahan kepada orang lain hingga terlupa untuk bercakap dengan diri sendiri dan juga lupa untuk mengarahkan diri.

Baiklah, tanpa berceloteh lebih panjang, berikut adalah petikan e-mail yang diterima.  Catatan berikut adalah copy paste sepenuhnya dari e-mail yang diterima.  Semua catatan berikut dapat memberikan sedikit kesedaran dan keinsafan kepada kita.

--------------------------------------------------------------------------

LOGO.jpgMADRASAH TAHFIZ PINANG BARU

ZAKAT HANYA 2.5 %, DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA


As’salamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


PER:  MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENGURUSAN KERJA-KERJA MENAMBAK TANAH SETINGGI 6 KAKI SERTA PEMBANBANGUNAN BERUPA BAIK PULIH & UBAH SUAI BANGUNAN YANG SEDIA ADA BAGI MENANGANI MASALAH BANJIR

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas

2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Madrasah ini yang sudah beroperasi selama 13 tahun dan kini mempunyai 60 pelajar keseluruhannya dari golongan anak yatim, fakir dan miskin. Pihak madrasah terpaksa memohon dana seperti diatas kerana setiap tahun pada musim hujan, madrasah ini akan dilanda banjir. Pihak Madrasah terpaksa berusaha untuk membina bangunan 2 tingkat, dimana tingkat bawa akan dibina untuk dewan, tingkat atas untuk asrama dan menambun tanah di kawasan-kawasan yang amat memerlukan.

3. Sehubungan itu pihak madrasah dengan rendah diri memohon sebarang sumbangan ikhlas dari pihak muslimin/muslimat samada berupa WANG ZAKAT (Simpanan, Perniagaan, Saham, KWSP, Emas & Perak atau lain-lain jenis ZAKAT) / KIFARAT / FIDYAH / DERMA / SEDEKAH / WAKAF (perkakasan/peralatan) ataupun lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan untuk tujuan diatas.

4. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas mengikut kemampuan muslimin/muslimat bolehlah dimasukkan terus ke akaun CIMB Islamic Berhad kami diatas nama;

“MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU”
NO. AKAUN 8601 76 3713 (CIMB BANK)

lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan boleh dihantar terus ke alamat seperti dibawah.

5. Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih dan pihak kami mohon doa yang berpanjangan dari muslimin/muslimat. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin/muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin/muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Yang ikhlas,

Juhari Mat Rani

HAJI JUHARI BIN MAT RANI
Mudir Madrasah Tahfiz Pinang Baru

Kampong Pinang Baru, Bukit Besi, Dungun,
23200, Terengganu Darul Iman
No. Tel. : 013 986 2660, No. Faks: 09 838 9052,

MAIDAM 09 630 3030, Balai Polis 09 833 7222, POS (M) 09 833 7030,
Pej. Daerah 09 848 1616

--------------------------------------------------------------------------

Segmen BlogWalking bersama RedBellas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



KLIK BANNER

Segmen ini berlangsung sehingga 16 September 2014.
Rasa seperti ada kaitan pula dengan Hari Malaysia.

Jom ramai-ramai join & naikkan trafik blog.  
Jangan sampai polis trafik saman kat sini pulak ... ehhh

Klik Banner untuk turut serta.


Tiga amalan utama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tiga amalan utama



Banyak amalan dalam kehidupan kita yang mampu memberi kebaikan kepada hidup kita dunia dan akhirat. Namun tidak semua amalan itu kita mampu laksanakan dengan sempurna.

Sama-sama muhasabah diri kita semoga kita sentiasa berbuat baik dan bersangka baik sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan amalan baik kita.

Terdapat tiga amalan utama yang seharusnya kita dahulukan dari amalan-amalan yang lain.  Tidak bermakna amalan lain selain dari amalan berikut tidak bernilai, tetapi amalan ini lebih diberikan keutamaan.

Tiga amal yang lebih utama:
1. sembahyang dalam waktunya,
2. berbakti kepada ibu bapa dan
3. berjuang dijalan Allah.
(HR Bukhari)



Sama-sama muhasabah diri menilai sejauh mana amalan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...