FOLLOWER

2 Oktober 2014

Sakit kepala selepas kursus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Seperti dinyatakan awal pagi tadi, hari ini dan esok saya menghadiri bengkel pengurusan lean. Selesai bengkel masuk ofis sekejap sebuk kawan-kawan dok tanya apa dia lean.

Alamak nak jadi penceramah la pulak. Macam ni, LEAN adalah koleksi proses penambahbaikan yang telah dikenalpasti dan diaplikasikan dalam melaksanakan proses kerja harian. Dalam erti kata lain LEAN juga boleh dikatakan sebagai proses meringkaskan dan memudahkan urusan kerja untuk mencapai kepuasan hati pelanggan. Contohnya memendekkan masa menunggu, memudahkan pergerakan dan menempatkan orang yang betul di tempat yang betul.

Memang pening kepala dibuatnya. Banyak 'kerja' yang perlu dilakukan untuk mencapai kepada 'lean management'.

Esok sambung lagi sehari.

posted from Bloggeroid

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House


Hari ini dan esok saya kena hadiri Bengkel Pengurusan Lean.  Tak tahulah sempat atau tidak nak update status kat blog ni.  Jadi dengan kesempatan yang ada yang gunakan untuk up satu Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House.

Giveaway ini dijangka berakhir 30 Oktober 2014.

Sementara masa ada masa dan peluang, jom kita beri sokongan kepada Tengkubutang dan Embun Beauty House.

Jangan lupa klik banner di atas untuk turut serta dalam giveaway ini.

Selamat buat semua.

(*-*)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...