FOLLOWER

14 Oktober 2014

Alexa Rank Blog Yangbaik pada 14.10.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cepat sehari nak cukup seminggu dari tarikh terdahulu.  Tak sabar nak update rank Alexa blog yang baik.  Bukan kerana kenaikan ranking tetapi kerana kesempatan yang ada.  Nak update rank subuh esok, jam 2.00 pagi seperti kata Sifu Blogger memang tak sempat le...

Lihatlah hasilnya...


Global Rank:  398,969
Links in:  247
Rank in Malaysia:  4, 544
Sumber : DI SINI
Rank minggu lepas :  DI SINI




Dalam tempoh seminggu walaupun rajin update entri terbaru dan kerap juga update entri... nampaknya alexa rank tetap jatuh dan tidak menampakkan akan bertambah baik... Nak kata pasrah dan redho tak juga tetapi... sedikit perhatian daripada team alexa rank sudah tentu menyuntik semangat blogger suam-suam kuku nie.

Sekian adanya. Terima kasih semua atas perhatian.

#Bajet2015| Ada apa dengan maklumbalas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


#Bajet2015|  Maklumbalas diperlukan



Pembentangan #Bajet2015 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak yang berlangsung Jumaat lalu telah berjalan dengan lancar. Pembentangan tersebut dapat diikuti sama ada melalui siaran televisyen dan radio, secara atas talian mahupun melalui Sorotan Pembentangan di Twitter.

Terjawab sudah teka-teki dan persoalan yang bermain di kotak minda dengan terungkainya isi kandungan pembentangan.  Bermacam-macam pandangan dan pendapat mengenai pembentangan #Bajet2015.  Dimaklumkan bahawa kerajaan kini ingin mengetahui pendapat dan maklumbalas rakyat berhubung apa yang telah dibentangkan Jumaat lalu di Parlimen.

Selaras dengan itu, Kaji Selidik #Bajet2015 dijalankan bagi mengumpul pandangan serta pendapat anda berhubung #Bajet2015 yang baru dibentangkan. Daripada cakap-cakap kosong atau pun bernas, ada baiknya pendapat dan maklumbalas itu disalurkan ke saluran yang betul. Sudah pasti setiap maklumbalas daripada semua pihak mendapat perhatian pihak berwajib.

Sila kunjungi www.najibrazak.com/bajet2015/survey untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut.

Teruskan mengikuti laman web www.NajibRazak.com serta laman sosial Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak seperti Facebook dan Twitter untuk mendapatkan perkembangan terkini #Bajet2015.





Jom kita sama-sama berikan sokongan dan maklumbalas mengenai pembentangan #Bajet2015. Serlahkan bakat dan potensi kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

(*-*)

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

       






3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :   





Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan

4. Tambah Google Plus Sponsor 
+Mohamad Khairil  +ct fand 

3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI



37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

Good luck!

Fitnah dalam agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fitnah dalam agama

Banyak kali berlaku.
Semoga ia tidak terus menular di kalangan ahli keluarga kita.
Pilihlah jalan yang betul semoga kita tidak tersasar dari landasan.


gambar hiasan

Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.

(Hassan bin Athiyyah)


(*-*)

Hari lahir Muhammad Abid ke-2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat ulang tahun kelahiran ke-2 buat Muhammad Abid




Muhammad Abid anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik.  Dua lelaki dan dua perempuan. Dilahirkan di Klinik Bersalin Yasmin, Lumut, Perak pada 14 Oktober 2012.  Sejurus dilahirkan Muhammad Abid dipindahkan ke SCM Hospital Seri Manjung kerana disyaki lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan.

Seminggu berada di SCM ditemani umi yang turut sama berpantang di sana.  Bermacam-macam peristiwa yang ditempuhi.  Berpeluang berjumpa dengan ramai pakar perubatan kanak-kanak dan juga pelajar perubatan yang datang melawat.

Kepulangannya di rumah disambut meriah oleh abang dan kakak-kakaknya yang setia menunggu ketibaan adik bongsu.

Serba ringkas catatan mengenai anak bongsu yang dinamakan sempena dengan nama pilihan ayahnya yang diambil bersempena nama eorang Ustaz yang dikenali.

Semoga Muhammad Abid menjadi anak yang soleh serta dipanjangkan umur dalam kesihatan yang baik dan diberkati Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...