FOLLOWER

23 Oktober 2014

Ada perkara berkaitan dengan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Ada perkara kita terpaksa suka



Dalam tidak sedar sama ada suka atau tidak kita terpaksa tempuhi.
Kita terpaksa belajar.
Kita terpaksa terima.
Kerana itu lah takdirNya.
Kita terpaksa terima hakikat itu, walaupun perit kerana kita sebenarnya tahu dan dapat merasakan satu ketika kelak ia akan terjadi...


~(@^_^@)~╭(╯^╰)╮
posted from Bloggeroid

Kalimah yang ajaib

Assalamualaikum


Berikut adalah petikan yang dimaksudkan sebagai kalimah ajaib yang mampu melepaskan pembacanya dari kesusahan



Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bata atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan.  Kalima tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s."


Semoga bermanfaat.
posted from Bloggeroid

Segmen | Aimifiqa Garden Bloglist

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen | Aimifiqa Garden Bloglist


Kembali bersiaran semula bersama Segmen.  Mari ramai-ramai kita meriahkan dunia blog kita dengan segmen.  Melalui penyertaan sebegini secara tidak langsung menunjukkan kita sentiasa berhubungan dengan rakan blogger yang lain.

Betul tak?

Betul lah.  Bila join segmen atau giveaway bermakna blog kita sentiasa 'hidup' walaupun kadang-kadang nampak seperti hidup segan mati tak mahu.  Korang bila dah rasa idea nak menulis tu dah kedaung... ambillah kesempatan untuk join segmen... biar blogger lain terutama blogger baru tahu akan kewujudan blog kita. :P

Kome yang buat entri sendiri tanpa join segmen tu jangan pula kecil hati dengan kenyataan blogger picisan yang perasan glamour nie... huhuhu




Segmen kali ni... rasanya lain dari yang lain.  Atau memang dah ada segmen macam ni tetapi saya yang baru tahu... kot.

Untuk segmen ini, antara syarat yang cik Aimifiqa kenakan adalah kita boleh pilih mana satu group atau kumpulan serangga yang kita hendak disenaraikan.

Antara kumpulan serangga berkenaan adalah Butterfly, Flower (yang pasti ini bukan serangga.. ingat), redbug, caterpie dan bee.  Bagusnya...



Kalau boleh semua kategori saya nak... bajet mak-mak yang tamak ... hahaha

Pilih punya pilih... nak main oooo-som tak der orang pulak nak main... so... pejam celik mata sendiri, pusing dadu yang tiada nombor...belek punya belek...

Saya pilih.....


Kenapa?

Tak nak jawab sebab... tiada soalan dari penganjur...hehehe

Hmm... tiada pulak tarikh tutup segmen ni... 

Korang yang nak turut serta dalam pemilihan icon terhebat untuk segmen ini... sila klik banner di atas... bukan gambar redbug tu..

Selamat memilih kepada semua.

Terima kasih.


Siapa yang banyak cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan


  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. 
  • Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. 
  • Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara’nya. 
  • Dan barangsiapa sedikit sikap wara’nya, maka matilah hatinya
(Umar Al Khatab)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...