FOLLOWER

30 Oktober 2014

Abaikan kesilapan orang lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Abaikan kesilapan orang lain


Kesilapan demi kesilapan kita terpaksa tempuhi setiap hari.
Kesilapan ketika bercakap dengan kawan-kawan, ahli keluarga mahupun orang yang baru kita jumpa.
Dan... pastinya kesilapan itu bukanlah disengajakan.
Kesilapan itu tidak disedari berlaku kerana kecuaian kita sendiri.
Kita cuai dalam mengingatkan diri sendiri.
Kita sebuk dengan kesilapan orang lain.

Apa kata, kita ambil iktibar dari kesilapan orang lain.
Sudah pasti dan semestinya kesilapan itu tidak disengajakan.
Kita tidak tahu punca sebenar mengenai kesilapan itu.
Kita tidak perlu perbesarkan isu kesilapan yang telah dilakukan orang lain.
Kita ambil iktibar agar kesilapan sama tidak berulang.
Kita jadikan sempadan agar kita tidak melakukan lain-lain kesilapan.

Biarpun kesilapan itu mengajar kita jadi dewasa dan matang, sudah pasti tidak mahu membesar dengan kesilapan. Apakah kita mesti dewasa bersama kesilapan kita sendiri atau kesilapan orang lain?

Abaikan kesilapan orang lain. Pelihara jiwa raga kita.

#peringatanbuatdirisendiri





posted from Bloggeroid

Perhiasan dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perhiasan dunia




Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah
(HR Muslim)


Sudah kerapkali kita baca atau dengar petikan di atas.  Namun ia dikeluarkan sekali lagi dan akan terus kita dengar dan baca lebih kerap kali lagi... kerana itu kita harus berbanggda kerana kita adalah wanita solehah yang menjadi seindah perhiasan di dunia ini.

Terima kasih.

Pemenang 3000 Followers Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang 3000 Followers Giveaway




Berita gembira untuk hari ini.

Alhamdulillah.  Senarai pemenang untuk 3000 Followers Giveaway yang  dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama beberapa orang rakan blogger telahpun diumumkan.



Pemenang Banner/Fansign design by Alsa Haslinda

Senarai pemenang yang lain boleh rujuk di SINI.


Terima kasih dan tahniah


Terima kasih kepada Nad atas pemilihan ini dan terima kasih juga kepada Alsa Haslinda kerana turut serta sebagai rakan kongsi untuk Giveaway ini.

Tahniah juga kepada semua rakan blogger yang menyertai GA ini terutama sekali kepada yang terpilih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...