FOLLOWER

10 November 2014

Kerja berganda hadiah pun berganda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerja berganda hadiah pun berganda

Alhamdulillah. Walaupun hari ini urusan kerja agak kelam-kabut memandangkan arahan akhir diterima sehari sebelum cuti hujung minggu. Kekurangan persediaan dan kurang cekap kendali arahan juga menyebabkan tugasan hari ini menjadi berganda. Penting juga adanya persediaan sewajarnya dan juga kerjasama dari semua pihak.

Syukur Alhamdulillah urusan hari ini selesai dengan baik, berkat dari kesabaran.




Selesai tugasan pertama, sesuatu yang tidak dijangka tiba di muka pintu bilik. Kejutan dari sahabat yang selama ini bertugas bersama mereka tidak pernah mengharapkan balasan. Yang penting mereka puas hati dengan khidmat yang kita berikan. Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan saya sayang mereka, tetapi begitulah lumrah kita dalam bersahabat sentiasa penuh dengan kasih sayang. Mereka senang kita juga senang.

Saya juga pasti mereka tidak meminta entri ini dikeluarkan. Tetapi percayalah entri ini untuk rekod dan kenangan di masa hadapan.

Esok jangan terkejut masuk bilik ofis, penuh dengan bauan kasih sayang. Atau waktu senggang yang seciput dipenuhi dengan zikir dan wirid. Subhanallah. Maha suci Allah.

Semoga ukhuwah terus terjalin erat.

Terima kasih sahabat. Semoga dipermudah urusan kalian dunia dan akhirat.

posted from Bloggeroid

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.


Bahan-Bahan :-

  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)


Jangka Masa Penggunaan :-

Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.


Bugslock boleh digunakan semasa :-

  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air


Di mana boleh dipakai :-

  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi


Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk




Perhatian :-

Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.






Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.


WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Saya memerlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk kerana ianya penting untuk melindungi keluarga saya terutamanya anak-anak yang suka aktiviti luar rumah.  Setiap hari terutama waktu pagi atau petang anak-anak saya yang kecil berusia 2 dan 3 tahun akan meronta-ronta minta keluar rumah untuk bermain.  Ada ketika terutamanya musim hujan dan gelap saya tidak benarkan mereka keluar kerana bimbangkan gigitan nyamuk.  Hal ini menyebabkan mereka bertindak lebih agresif.  Anak-anak saya mempunyai kulit yang amat sensitif, bila terkena gigitan nyamuk sedikit sahaja kulit mereka akan berbintik dan jika tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan kudis. Kesan gigitan nyamuk seperti gatal  dan kudis boleh dirawat dengan menyapu ubat,  tetapi yang lebih bahaya gigitan nyamuk mampu membawa penyakit yang merbahaya seperti denggi.

Oleh itu, Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk amat diperlukan untuk melindungi anak-anak daripada serangan dan gigitan serangga seperti nyamuk.


Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Kita mampu bersyukur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



 Kita mampu bersyukur




Jika kita mampu bersyukur 
dengan apa yang kita ada, 
kita tidak akan risau 
dengan apa kita tidak miliki.

Begitukah keadaan kita sekarang?

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat.

( *____* )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...