FOLLOWER

11 November 2014

Pasang surut rentak kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pasang surut kehidupan

Kadang-kadang sukar untuk dimengertikan
Di saat genting begini kita pastinya mengharapkan pengertian dari semua orang, yang terlibat secara langsung atau tidak
Mengharapkan pengorbanan dihargai
Mengharapkan kepedihan dimengerti
Mengharapkan simpati pada yang sudi.





Namun,
apalah ada pada kita
Sering saja terlupa
Terlupa dengan masa lalu
Terlupa hati itu pernah ditusuk
Pedih, luka, berdarah, menanah...
Sakitnya tidak tertahankan
Masih juga mampu bertahan

Hanya pada Yang Esa tempat mengadu
Semoga malang tidak berulang
Pengajaran itu bukan petualang
Berlari jauh bukan pemidang

PadaMu Tuhan, hamba merintih
Semoga pedih kembali pulih
Semoga ikatan terpatri putih
Hasrat hati menjadi jernih
Biar menjauh segala pedih
Maruah diri kembali pulih
Segar bersama hasrat nan putih

Semoga kelam tabir hayat tersingkap sopan...

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Assalamualaikum...





Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-

















3- Follow blog penaja( wajib) :-

June ,  Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca


4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93


5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida


6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

Jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.com di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014



Sekian.




Teruskan saja niat yang murni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Teruskan saja niat yang murni


Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.

Begitulah kita bila melakujan sesuatu perlu berpada jangan sampai mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Berfikir itu sudah pasti agar kita tidak terjebak di kemudian hari.

Dalam benak fikiran ketika ini sedang memikirkan apa yang bakal berlaku dan situasi yang bakal terjadi. Bila diikutkan apa yang difikirkan tentu saja kita tidak akan ke mana. Namun kita perlu memberi ruang kepada jiwa untuk suatu manfaat yang lebih baik. Tidak bermakna yang ditinggalkan itu tidak baik. Semoga yang tertinggal itu dimudahkan urusan.


bunga mekar di laman bonda. gambar hiasan 

Masa untuk diri sendiri


Mengambil masa dan ruang untuk diri sendiri. Menambah dan menokok mana yang kurang. Agar ruang kosong ini terisi penuh makna.

Maafkan aku andai ada yang terluka. In shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan kalian. Izinkan aku menikmati saat ini dengan aman bersama rahmat dariNya.

Terima kasih kerana memahami.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...