FOLLOWER

15 Januari 2015

Bilik tengah sudah kosong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bilik tengah


Sudah dikosongkan

Di rumah ini ada 3 bilik semuanya. Bilik utama, bilik kedua dan bilik ketiga. Semua bilik digunakan sepenuhnya untuk kegunaan keluarga. Bilik yang paling penting adalah bilik utama. Bilik kedua dinamakan bilik tengah dan lazimnya digunakan sebagai bilik bacaan, setor untuk menyimpan permainan anak-anak.

Bilik tengah ini dahulunya dijadijan sebagai ruang santai keluarga, tetapi setelah kelahiran anak ketiga bilik ini dijadikan sebagai bilik semula. Banyak sejarah yang tercipta.

Bilik ini juga pernah dijadikan sebagai bilik pengantin. Kerana itulah banyak barang di bilik berkenaan terpaksa dipindahkan sementara ke bilik bersebelahan. Sesak jadinya bila bilik utama penuh dengan barang mainan anak-anak.

Dan, petang tadi bilik tengah dikosongkan kerana perabot milik pengantin telah dipindahkan kepada tuannya. Agak letih juga bukan kerana mengosongkan bilik tengah ini tetapi bila mengenangkan kena susun semula perabot lain iaitu katil bujang dua tingkat. Biarpun letih pemasangan katil berkenaan harus juga dilaksanakan segera supaya nampak lebih kemas dan sedap mata memandang.

Aduhai... selamat mengemas.

( ^_^ )/~~拜拜

posted from Bloggeroid

8 ulasan:

  1. Nampaknya, sekejap jer kosong tu... nanti penuh lah semula ye...

    BalasPadam
  2. bila penuh pula, rasanya mesti tak muat tempat kan :D

    BalasPadam
  3. Biasalah tu bila tambah bilangan kene uruskan ikut keperluan :) Good luck

    BalasPadam
    Balasan
    1. keperluan untuk anak2 kan... kena lengkap baru senang belajar

      Padam
  4. Biasalah kerja kita org pompuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tetap juga kena minta bantuan org lelaki... bab angkat2 nie

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...