FOLLOWER

12 Januari 2015

Hari pertama sesi persekolahan 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari pertama

Alhamdulillah, hari ini 12 Januari 2015 merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2015 setelah ditangguhkan selama seminggu. Anak-anak pastinya antara yang tidak sabar hendak ke sekolah. Setelah hampir 2 bulan bercuti.

Sempat juga dengar perbualan antara Dina dan Alif pagi tadi semasa bersiap. Dina kata "tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah, rindu betul rasanya, macam manalah rupa mereka bila jumpa nanti". Alif pun tidak mahu kalah, katanya "abang, sebelum cuti sekolah dah jumpa semua kawan-kawan abang, tapi tak tahulah macam mana dengan kelas baru sebab ramai kawan-kawan abang tak naik kelas macam abang". Agaknya Alif bimbang nak jumpa kenalan baru dari kelas yang baru.

Tahun ini, sesi persekolahan sekolah kebangsaan (SKIP) dibahagi kepada dua. Tahun 1, 4, 5 & 6 sesi pagi dan tahun 2 & 3 sesi petang. Dina dan Alif sesi petang. Pagi masuk sekolah KAFA mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sekolah kebangsaan pula bermula jam 1.00 tgh hingg 6.45 petang. Agak lewat juga mereka balik rumah. Malam lepas maghrib nak mengaji Quran, bila ada kerja sekolah lambat pula tidurnya. Bila difikirkan macam tidak logik pula bila anak-anak terpaksa lalui semua ini. Tetapi itulah yang perlu mereka lalui untuk menuju ke alam berikutnya. Semoga mereka (anak-anak kita) mampu tempuhi setiap cabaran kehidupan dan tidak lari dari landasan akhlak Islam.

Tiada gambar untuk dirujukkan perasaan seorang umi terhadap kasih dan sayang kepada anaknya. Hanya satu harapan yang pastinya harapan setiap ibu adalah anaknya mampu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi warga yang berbakti kepada agama bangsa dan negara. Jangan sampai menconteng arang dimuka kedua orang tua dan keluarga. Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga.

Sekian. ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. seronok dengar kisah budak-budak masuk sekolah hari ini..macam-macam ragam

    BalasPadam
  2. bila baca kisah diorang mulakan sekolah, teringat kenangan kita sekolah dulu-dulu :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...