FOLLOWER

5 Januari 2015

Kempen CPUV Pertama 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kempen CPUV Pertama 2015


Sudah beberapa bulan saya tidak up entri mengenai Kempen CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT).  Bukan kerana merajuk dengan Nuffnang tetapi atas alasan skema yang biasa-biasa iaitu sibuk dengan tugas.  Huh, bila kata sibuk tu terbayangkan sibuknya mengalahkan Pak Menteri atau sibuk seperti burung layang-layang menyiapkan sarangnya.  Bukan sibuk yang seperti itu.

Tak mahulah sembang banyak mengenai sibuk tidak bertempat.  Kita kembali kepada tajuk cerita ini iaitu Kempen CPUV Pertama 2015.  

Hari ini, masuk hari ke-5 tahun 2015.  Nuffnang pastinya tidak pernah mengecewakan pelanggannya. Walaupun ada juga kesilapan di sana sini, itu lumrah alam kita juga ada buat silap.  Jadi maafkan lah saja apa yang tidak disengajakan.  Bukan mengampu Nuffnang tetapi itulah hakikat.  Kalau kita marah-marah atau sumpah seranah kat Nuffnang tidak terjejas apapun pada dia.  Hanya imej kita saja yang lari sikit.  Apa pun itu semua hak peribadi masing-masing tidak boleh dipertikai.


CPUV #1/2015, RHB Travel Around The World

Untuk kempen CPUV pertama bagi tahun 2015, RHB mengambil tempat.  Tema kempen RHB kali ini adalah "Mengelilingi Dunia Bersama RHB Now".  Pastinya kempen ini sungguh menarik kerana hanya dengan urusniaga serendah RM30.00 anda berbeluang mengelilingi dunia bersama RHB.

Travel Around The World With RHB Now


Untuk mendapatkan makluman lengkap mengenai kempen ini sila klik SINI.

Kempen ini berlangsung mulai 1 Disember 2014 sehingga 22 Februari 2014.

Akhir kata, terima kasih Nuffnang dan RHB di atas kempen ini.  Dan terima kasih juga kepada anda semua yang sudi menjenguk blog ini.

Terima kasih.


5 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...