FOLLOWER

2 Februari 2015

Februari bukan bulan cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Februari bukan bulan cinta


Februari 2015


Februari bulan kedua dalam kalendar Masehi.  Bulan yang turut dikenali dengan bulan kasih sayang. Di mana di dalamnya ada hari kasih sayang.

Jangan kelirukan minda.  Fikir positif.

Bulan untuk berkasih sayang bukan sahaja terletak pada bulan Februari hanya kerana dalamnya ada hari yang dinamakan hari kasih sayang.   Bagi kita setiap bulan adalah bulan untuk berkasih sayang. namun masih ada had dan batasnya berteraskan tatasusila kita sebagai orang Islam.  Batas yang harus dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya sebagai seorang Islam khususnya bernama Muslimah.

Jangan sampai kita terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan akal dan minda kita.  Pelihara akidah dan pegangan agama sekuat-kuatnya.  Tidak perlu taksub dengan perihal duniawi yang langsung tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita yang azali di sana.

Pelihara maruah diri dan keluarga serta bangsa dan agama.  Agama itu jangan sampai dikesampingkan hanya kerana mengikut hawa nafsu tanpa bertunjangkan akal yang bijak.

Pelihara jati diri kita sebagai Muslimah sejati.

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...