FOLLOWER

14 Februari 2015

Percuma bukan untuk diabaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Percuma bukan untuk diabaikan

Malaysia Best Blog 2015. Bukanlah sesuatu yang percuma untuk mendapat gelaran itu. Nampak seperti sukar untuk dicapai tetapi sebenarnya tidak susah untuk dicapai sekiranya blog itu sudah popular dikalangan pengikutnya. Blog baru atau lama bukan alasan.

Percuma. Blog ini sendiri dihasilkan melalui tapak blog percuma. Tidak juga blog ini diabaikan hanya kerana ianya percuma. Tetapi sukar untuk mengekalkan momentum blogging kerana pemiliknya kurang mahir dalam ilmu blogging dan juga kekangan masa.

Ilmu blogging percuma juga bersepah di merata blog. Banyak tip-tip SEO diperkenalkan. Termasuk juga kaedah meningkatkan Page Rank blog. Banyak yang diberikan secara percuma. Dan pastinya setiap ilmu itu tidak diabaikan begitu saja hanya kerana ia percuma. Ilmu itu harus dikongsi.

Benar juga ada prinsip yang menyatakan kita tidak perlu mencurahkan semua ilmu secara percuma. Kelak ilmu itu tiada nilai. Mungkin juga benar terpulang kepada penerimaan masing-masing.




Sesuatu yang dicurahkan secara percuma dari kita kadang-kadang bagi orang yang hendak menerimanya tidak juga diperolehi secara percuma. Ada beberapa halangan yang perlu ditempuh untuk mendapatkan ilmu yang percuma itu. Antaranya halangan masa dan wang ringgit, perlu dikorbankan begitu juga dengan mental dan fizikal seperti kesihatan yang baik.

Sesekali kita memberi pastinya ada jutaan jasad lain yang menghargainya.

Sekian.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...