FOLLOWER

7 Februari 2015

Pilihan cecair pencuci pinggan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cecair pencuci pinggan


Terdapat banyak jenama pencair pencuci pinggan. Ada dari jenis pekat atau cair, warna kuning atau oren dan hijau yang biasa kita jumpa di pasaran.

Jika nak dikirakan jenama rasanya tidak terhitung dek jari jemari. Ada yang dijenamakan semula dari nama asal. Ada juga yang kita tidak pernah dengar atau lihat di media. Ada juga jenama dari katalog jualan langsung. Dan biasanya cecair pencuci pinggan dari katalog jualan langsung harganya agak mahal sedikit dari harga di pasaran runcit. Mungkin juga kerana setanding dengan kualiti dan keberkesanannya dalam membersihkan pinggan mangkuk dan periuk belanga.

Sajalah nak bangkitkan isu pasal cecair pencuci pinggan sebab hari ni kan cuti, orang tak baca sangat pasal isu-isu ditempat kerja hari ni.

Cecair Pencuci Pinggan Turun Harga


Tengahari tadi dalam tv atau dalam akhbar mungkin juga telah dikhabarkan mengenai penurunan harga barang hasil pertanian antara 10-20%. Mudah-mudahan harga barang pengguna yang lain juga akan diturunkan. Seperti harga cecair pencuci pinggan.

Hari ini, harga pencuci pinggan seperti gambar di atas didiskaunkan sedikit. Sepatutnya boleh diturunkan sedikit lagi untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan dalam perbelanjaan yang lain bagi keperluan isi rumah.

Sebagai pengguna kita berhak memilih yang terbaik sebelum membuat pembelian. Beli barangan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Bila pengguna bersatu penjual juga pasti lebih perihatin dan tidak mudah mengambil kesempatan.

Bersama kita tingkatkan suara dan hak pengguna.

Sekian.
posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. Kat rumah pun guna pencuci pinggan macam kat gambar tuh.. yelah, kalau harga barang trun, banyak kita dapat berjimat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama ... barang nak naik tak payah tunggu kalau nak turun jenuh merayu...huhuhu

      Padam
  2. saya guna labour aje,, tahan lebih lama,, kalau liquid sekejap je habis dimain bebudak,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesekali tukar selera dan jenama... hehhe

      Padam
  3. kena makin bijak berbelanja kan.. cabaran orang yg dah berkeluarga dan ada tanggungan. hopefully barang turun harga n tak membebankan..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...