FOLLOWER

10 Mac 2015

Monolog Tanpa Tajuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Dan ketika itu masa seakan cemburu
Puas sudah memujuk rasa
Untuk tidak mengaku kalah
Biar putih mata jangan sekali mengaku kalah

Sekali lagi keliru menjelma
Memuak rasa menjelir sukma
Buat apa mengaku juara
andai diri tidak segagah menara

Pertapaan ini tidak dengan sendiri
Hadirnya bersama secebis kudrat
Memerah keringat menjerat geliga
Tersekat juga didada maya

Kelibat masa berlalu pergi
Walaupun sebentar cukup menguji
Kekuatan zahir diri sendiri
Apakah minda ini cukup terisi
Bila mana amarah tidak terucap
Mennggugat kesabaran di meja tinggi

Aduh... monolog apakah ini aku tidak mengerti
Cubaan bercerita situasi diri dikelilingi duri, madu juga hempedu
Gelodak rasa ini .... pasti tiada yang mengerti kerana perasaan ini sukar diluah juga kerana sukar diramal...

Entah bila dapat bermesra semula
bilamana situasi bersilih ganti
Seketika menduka seketika lagi rada tersiksa
Memendam rasa menanti masa semoga tidak meledak memusnah rasa.



Nukilan: Yangbaik | 10.03.2015, 10.12 pm

Terima kasih
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
    Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

    BalasPadam
  2. huurm dalam maksudnya.. moga dalam apa jua keadaan akan dipermudahkan..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...