FOLLOWER

5 Mac 2015

Mudahkan dan jangan susahkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mudahkan dan jangan susahkan

Hidup ini pastinya semua orang tahu bukanlah terjadi dengan sendirinya. Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku pastinya ada punca, sebab dan akibat.

Walaupun nampak seperti mudah tetapi tidak seperti yang kita fikirkan. Sesuatu urusan dan pekerjaan itu menjadi susah atau sukar bilamana dijumudkan pemikiran dan tidak mahu berubah apatah lagi menerima pandangan orang lain.

Gambar hiasan ini pastinya anda pernah melihatnya di mana-mana. Sama ada di dalam facebook, wassap ataupun instagram dan lain-lain media sosial lain.

Tidak sukar untuk memberikan jawapan kerana soalannya mudah dan ringkas.

Inilah gambaran yang bakal berlaku apabila sesuatu arahan itu dikeluarkan tanpa peduli pemikiran atau penerimaan.

Tentunya sukar bagi kita untuk menerima jawapan yang diberikan, tetapi itulah hakikatnya pemikiran kita berbeza apatah lagi diperingkat usia yang berbeza. Jawapan yang diberikan sudah pasti meliputi kefahaman berdasarkan pengetahuan, penerimaan serta tahap mentaliti atau pemikiran.

Gambaran jawapan diatas mengingatkan saya mengenai situasi yang terjadi setiap hari dalam hidup kita. Arahan yang diberikan haruslah jelas dan mudah difahami. Di satu pihak yang lain pula, sebagai orang yang menerima arahan hendaklah sedaya upaya memahami arahan dan kehendak sesuatu tugasan.

Malu bertanya sesat jalan
Ketepikan ego mudahkan urusan

Terima kasih kerana memahami.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. kalo ikut arahan memang macam betul dah apa yang diwarnakan..
    betul la tu pemikiran kita berbeza mngikut pringkat usia.. bila kita yg dewasa tengok
    faham dah apa yang soalan mahu.. huuurm..

    kalo seseorang itu ketua.. harus kuarkan arahan yg jelas dekat sub dia so that
    org bawah boleh buat kerja tanpa pening2.. and org bawah pun kena ringan mulut
    bertanya untuk belajar..

    BalasPadam
  2. saya juga rasakan tidak salah apa yang difahamilah oleh
    budak yang mewarnakan ekor ikan tu
    kemungkinan penerangan tidak cukup, maka dia cuma
    gunakan pemahaman dia untuk menjawab
    pada saya dia kreatif, sape tahu dia bakal jadi

    apapun saya setuju sangat dengan entry ni =)

    BalasPadam
  3. Setuju. Mudahkan jangan susahkan.
    Arahan biar mudah difahami dan terangkan dengan jelas kerana manusia biasa tidak mampu untuk membaca apa yang difikiran orang lain ataupun apa yang otak orang lain fikirkan.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...