FOLLOWER

30 Mac 2015

Pantun budi Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Inas Insyirah nama diberi
Anak ke-3 dari 4 bersaudara
Dapat makan amat suka hati
Lebar senyuman hingga ke telinga

Anak ke-3 dari 4 bersaudara
2 perempuan 2 lelaki
Ingin sekolah amat ketara
Siang malam asyik bermimpi

2 perempuan 2 lelaki
Montelnya dia tidak terperi
Disekat susu serta nasi
Menjerit kelaparan serata negeri

Montelnya dia tidak terperi
Suka menari juga menyanyi
Sambil sembunyi dia beraksi
Sayangnya umi lupa nak rakami

Cukup sudah pantun ini
Inas Insyirah empunya diri
Semoga dewasa bijak bestari
Kepada keluarga kamu berbudi


~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. Teringat masa zaman remaja dulu kat sekolah, memang suka berpantun .. siap ada buku lagi ..hahaha

    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  2. Kebun nenas di tanam peria
    pohon menjalar ke atas titi
    semoga Inas terus ceria
    dewasa sebagai muslimah sejati...

    BalasPadam
  3. comelnyaa siap berpantun.. kalau dalam majalah sekolah mesti kena buat
    untuk kelas hihi.. part makan tu sama.. sep sep..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...