FOLLOWER

14 April 2015

Berselindung di sebalik alasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berselindung di sebalik alasan


Hentikan alasan dan mulakan tindakan segera.  Tindakan bagaimana yang harus kita mulakan seandainya apa jenis tindakan kita tidak tahu.  kan... alasan juga tu.

Saja nak cerita kan.

Kita memang sentiasa sibuk dengan segala macam urusan.  Tetapi sukar untuk kita dokumenkan kesibukan itu.  Jadi bagaimana kita nak pertahankan bahawa kita memang sibuk dan banyak sangat kerja dalam satu masa.

Masalah juga bila kerja yang kita buat itu sebenarnya adalah kerja orang lain.  Kita hanya akan tersedar bahawa kesibukan itu adalah ciptaan kita sendiri setelah diberitahu begitu.

Jadi selama ini... memang kita tidaklah sibuk mana tetapi banyak kepada menyibuk.


Berselindung atau sembunyi

Sukar nak digambarkan juga.  Bagaimana kita kadang-kadang buat kerja seperti syok sendiri.  Entah apa-apa jer, ke hulu ke hilir macam lipas kudung tapi tiada isi.

Memanglah kadang-kadang apa yang kita buat itu tidak perlu dicanang ke seantero dunia.  Tetapi cukuplah hanya kita yang tahu.

Setiap orang ada alasan sendiri untuk melakukan atau tidak.

Alasan yang bertindak awal atau lambat adalah pilihan masing-masing kerana hasil daripada tindakan yang diambil itu, kesannya hanya dia yang tahu.

Ada sesuatu yang terselindung...



3 ulasan:

  1. pekkk.. terkena kat batang hidung diri sendiri... hehehe

    selalu je orang cakap masa tak cukuplah padahal setiap orang sama je masanya, 24 jam 1 hari, tak lebih tak kurang tapi cuma kita je yang mampu sama ada nak jadikan 24 jam macam 48 jam or macam 1 jam...

    terima kasih, sekurang-kurangnya dengan adanya post buatkan saya tersedar dari lena.. :)

    BalasPadam
  2. alasan ni kan kalau kita cipta memang boleh tahan panjangnya
    sebagai manusia biasa kita memnag tak boleh lepas dgn godaan beralasan
    moga diberi semangat yg kuat utk kit. terus bangkit!

    BalasPadam
  3. aduhai.. CT pun macam kena setepek ahaaak.. thank u mengingatkan..
    mmg laju je kan mulut ni cakap.. aaa x cukup masalah apalah..
    padahal diri sendiri tak tahu nak uruskan bebaik..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...