FOLLOWER

14 April 2015

Menghayati dan memahami kesilapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menghayati dan memahami kesilapan

Kesilapan demi kesilapan dek kealpaan diri
Biarpun bukan kesilapan yang sama tetapi bila difikirkan kesilapan itu sepatutnya tidak wajar berlaku
Puas difikirkan apakah jenis kekhilafan ini, sering terjadi seolah tidak pernah diajar

Muhasabah diri

Kesedaran itu seharusnya ditanam dalam diri agar sentiasa berhati-hati dengan segala tutur bicara mahupun gerak geri



Lumrah manusia biasa agaknya
Seringkali terlajak perahu
Perahu yang terlajak bukanlah alasannya
Tetapi apa yang ada dalam kalbu
Saat diri dihujani persoalan dunia
Ketika itu jualah jawapan nampak kelabu
Sukarnya menerima hakikat alpa
Dek teruja datang bertalu
Menutup makrifat segala-galanya
Akhirnya kini menjadi lesu
Setelah diluah segala rasa
Haruskah resah datang bertamu menjenguk jiwa pekung didada

posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. Cuma org yg tahu kekhilafan diri akan mmahami dn mbetulkn. Tapi org yg bfikir diri sntiasa betul sukar utk mbetulkn diri.

    BalasPadam
  2. Jemput join.. ^_^ http://kampung-kameq.blogspot.com/2015/04/segmen-ucapan-hari-lahir-buat-si-lala.html

    BalasPadam
  3. sedar dan betulkan kesilapan okay.. bagus.. sedar silap tapi teruskan tu sakit..
    moga terhindar kita dari masuk golongan macam ni..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...