FOLLOWER

14 April 2015

Ubi keledek manis dari Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ubi keledek manis dari Jepun

Agak lama tak makan ubi keledek rebus. Walaupun selalu terjumpa ubi keledek di pasar malam. Tapi tak teringin pula nak beli sebab dok teringatkan anak-anak tak pandai makan ubi rebus. Nak buat pengat tu... kena beli santan pulak. Oiii.... banyak betul alasannya. Yang sebenarnya malas ssss... hehehe.

Terkenangkan zaman kanak-kanak ketika di kampung. Ketika itu, sebut saja nak makan ubi keledek, tok akan ambilnya di kebun belakang rumah. Kalau ada banyak, banyaklah dapat makan dan sebaliknya ikut rezeki. Bestnya masa tu makan ubi rebus ni cicah kelapa parut yang digaul garam dan gula.

Masa tu tak kisahpun nama ubi apa, janji dapat makan.

Bila dah besar ni, nak makan kena cari sendiri.

Dan paling hebat bila dah ada anak kenalah sediakan untuk anak-anak pula. Itulah kitaran hidup. Kan!


Makan ubi keledek Jepun rebus yang manis walaupun tak cicah gula.

Hujung minggu lepas ke TESCO dan ubi keledek ini tidak termasukpun dalam senarai barang untuk dibeli. Tapi saja lah... tengok harga boleh tahan juga tidaklah mahal sangat dan menarik juga sebab tiada kos GST untuk ubi keledek ini.

Anak-anak baru jumpa ubi rebus. Teruja bukan main lagi.

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Jemput join.. ^_^ http://kampung-kameq.blogspot.com/2015/04/segmen-ucapan-hari-lahir-buat-si-lala.html

    terbaek.. hehe. Nak sikit..

    BalasPadam
  2. ehehe tadi CT singgah blog Kak Farrah pun ada cerita ubi keledek..
    mmg tngk musim orang nak makan keledek kot.. macam kena cari jugak je =P

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...