FOLLOWER

2 Jun 2015

Penentuan itu bukan milik kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Penentuan itu bukan milik kita. Biasa kita dengar ungkapan "kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan". Biasakan! Bukanlah bermaksud saya hendak menolak perancangan kita, tetapi begitulah lumrah dalam kehidupan seharian.

Kita semua bahkan semua orang telah merancang yang terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Namun bila tiba hari kejadian ada pula dikalangan ahli kita yang ditimpa musibah. Kita tahu dan semua orang tahu bahawa musibah itu tidak diminta. Tiada siapa yang meminta ditimpa musibah.

Musibah yang melanda ahli kita itu pastinya turut memberi kesan kepada kita. Dengan itu kita perlu ada perancangan kedua atau pasrah saja dengan apa yang bakal kita terima.



Semoga setiap perancangan kita mampu terlaksana dengan baik tanpa aral melintang. Namun setiap rintangan yang tiba sebenarnya ujian ketabahan buat kita.

Sekian.
posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. betul.. Dia perancang terbaik..
    semoga semua urusan dipermudahkan =)

    BalasPadam
  2. seelok mana pun rancangan kita tapi, andai Dia tak mengizinkannan jya tetap takkan terjadi juga...
    Semoga segala urusan kita dpermudahkan..

    BalasPadam
  3. yang penting...kita kena sentiasa ingat...setiap yg berlaku tu ada hikmahnya :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...