FOLLOWER

24 Jun 2015

Persiapan Hari Raya bersama Lazada Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Persiapan Hari Raya bersama Lazada Malaysia


Hari raya bakal menjelang tiba.  In shaa Allah semoga panjang umur dapatlah kita berjumpa dengan hari raya tahun ini.  Biarpun Ramadhan baru saja beberapa hari namun persiapan untuk hari raya harus dilakukan lebih awal.  Kalau lambat sangat nanti tak berapa meriah pula hari raya tahun ni. Walau apapun dalam setiap persiapan kita hendaklah bersederhana dan mengikut kemampuan kewangan.

Gunakan sepenuhnya peluang yang ada.  Contohnya peluang yang diberikan oleh Lazada Malaysia sempena hari raya tahun 2015.  Pembelian secara online melalui Lazada Malaysia, bukan sahaja banyak pilihan tetapi mudah kerana tidak perlu bersesak dalam kepanasan.




Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015 dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti.

Jadi di kesempatan yang terhad ini, kita gunakan untuk mendapatkan beberapa barangan istimewa untuk keluarga.  Semoga bertambah meriah hari raya tahun 2015.  Dan, pastinya berikut adalah pilihan YangBaik untuk hari raya 2015 dari Lazada Malaysia


Rizman Ruzaini Blooming Lace Mix Jubah 04 Black

Hari Raya pastinya tidak lengkap dengan baju baru.  Oleh kerana YangBaik tidak mempunyai koleksi jubah maka jubah moden ini amatlah sesuai sebagai permulaan untuk menambah koleksi peribadi untuk hari raya.



Aqeela Muslimah Wear Paisley Top Yellow 

Hari raya hari yang meriah.  Melayan tetamu yang bertandang ke rumah satu kemestian.  Dengan pakaian yang selesa pastinya kita dapat melakukan kerja dalam rumah sambil melayan tetamu dengan selesa.  Pakaian muslimah ini merupakan satu pilihan terbaik untuk keselesaan sepanjang hari.



Princess Ballerina Flats Black

Tidak lengkap hari raya tanpa kasut baru.  Sekali dah jumpa kasut yang sesuai dan berkenan di hati apa lagi suka hati.  Bukan senang nak dapat kasut yang sesuai terutama bila dah banyak pilihan.  Oleh kerana YangBaik tidak berapa suka pakai kasut 'high heel' maka kasut 'flat' begini menjadi pilihan hati.



Kardashian Kollection Large Stud Grip Bag

Bila dah jadi mak,  beg pun dah kena dapatkan yang besar.  Maklumlah semua barang nak diisi dalam beg mak, termasuklah duit raya anak-anak, botol susu, tuala muka dan segala macam keperluan lain untuk anak-anak dan juga ayahnya.... tumpang letak 'wallet'.  Kebetulan juga YangBaik dah lama tak beli beg baru jadi Kardashian Kollection Large Stud Grip Bag menjadi pilihan terkini untuk hari raya 2015.



Acrylic Canister with Tray Set of 6 

Untuk menambah koleksi bekas kueh raya.  Dalam masa yang sama bekas ini cantik dan sesuai juga sebagai bekas kueh raya untuk dibawa balik kampung dan rumah mertua atau rumah saudara mara. Boleh juga dijadikan sebagai tanda mata kepada saudara mara.



Banyak lagi sebenarnya pilihan yang ada di Lazada.  Yang perlu adalah ambil masa untuk layari laman web berkenaan dan buat pilihan mana yang berkenaan.  Ceriakan suasana raya anda dengan Lazada Malaysia

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :

http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-2015/

Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada!

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday dengan ke link ini : LINK CONTEST 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...