FOLLOWER

30 Julai 2015

Antara Laluan dan Waktu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara laluan dan waktu


Kehidupan ini tidak lari dari mengejar waktu.  Ada masa perlu menunggu dan disitu kita terpaksa membuang waktu yang berlalu kerana menunggu.  Terpaksa mengejar kerana terlewat atau lambat bertindak pada awalnya.  Terpaksa menunggu kerana terlalu awal juga kerana tersilap percaturan.

Bukanlah salah sesiapa pun bilamana kita terpaksa menunggu dan membuang waktu.  Bukankah baik jika waktu yang terluang ketika menunggu itu digunakan dengan membaca.  Paling baik bila kita dapat gunakan waktu itu dengan berzikir atau mengaji.  

Laluan
Laluan.  Gambar Hiasan

Hendak dijadikan cerita.  Kejadian menunggu bersendirian ini bukanlah kali pertama berlaku, juga bukan sekali dua.  Tetapi sudah biasa begitu.  Kadang-kadang masa menunggu itu seketika cuma, ada ketika agak lama juga walaupun tidaklah sampai 1 jam lebih.  Tetapi tetap juga menunggu dengan penuh setia.

Bila diingaktan semula, bukan kita seorang yang menunggu.  Ada juga orang menunggu kita.  Juga dengan penuh setia.  Agak bila dah penat menunggu maka rungutan manja itu adalah perkara biasa. Sama ada hendak pekakkan telinga berdiam diri atau mengambil iktibar supaya jangan sampai menunggu lagi.

Waktu menunggu amat menjemukan bila berseorangan tanpa teman.  Gagjet peneman setia pula hampir kehabisan nyawa.  Mana pula nak cari buku atau majalah bila dah semua pintu tertutup dan berkunci.  Maka merungutlah sendirian.  

Antara laluan itu... aku menunggumu dengan penuh setia.


2 ulasan:

  1. benda paling senang nk buat mmg berzikir.. tapi diri ni lalai je kerjanya..
    thanks mengingatkan kak.. while driving pun boleh zikir.. kadang2 tu pasang radio..
    nyanyi2 sama.. bila tringat diam kejap.. istighfar tp lepas tu smbung nyanyi.. T.T

    BalasPadam
  2. Kekadang kita memerlukan ruang tapi tiada masa dan kekdang kita perlukan masa tapi tiada ruang.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...