FOLLOWER

13 Julai 2015

Tetamu Ramadhan bakal pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tetamu Ramadhan bakal pergi


Ramadhan sudah semakin ke penghujung.  Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita setelah hampir sebulan singgah bertamu.  Tidak pasti pula bagaimana layanan yang diberikan kepada tetamu yang bernama Ramadhan.  Adakah yang terbaik atau sekadar adanya sahaja.  Dalam kesibukan menghitung hampirnya hari raya yang bakal tiba tidak sedar bahawa Ramadhan hanya datang sekali setahun ini akan pergi.  Tidakkah Ramadhan berkecil hati andainya persiapan hari raya ini seolah mengabaikan kehadirannya di sisi.  Sedangkan tetamu Ramadhan masih jua tidak diberikan layanan yang istimewa, masih ada hati menyambut tetamu Aidilfitri.

Renungkan amalan di bulan Ramadhan
Renungkan amalan di bulan Ramadhan.  Sumber

Dan adakah hampir pasti bahawa tahun hadapan akan berjumpa kembali dengan Ramadhan.  Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari Allah, dapatlah berjumpa lagi dengan Ramadhan.  






3 ulasan:

  1. nak backlink free ? sila tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :D

    BalasPadam
  2. sedih pabila ramadhan tiba di penghujungnya...

    BalasPadam
  3. Seolah2 kita halau Ramdhan pergi bila kita excited menyambut Syawal masa masih di bulan Ramadhan :(

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...