FOLLOWER

8 September 2015

PEMENANG GIVEAWAY BIRTHDAY MUM & SISTER | TENGKUBUTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG GIVEAWAY BIRTHDAY MUM & SISTER | TENGKUBUTANG


Seperti tidak percaya bila terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang untuk Giveaway Birthday Mum & Sister | Tengkubutang.  Maklumlah persaingan agak sengit juga.  Biarpun tidak ramai rakan blogger yang menyertai giveaway ini tetapi disebabkan hadiahnya yang agak banyak... maka Alhamdulillah tersangkut juga rezeki YangBaik dalam giveaway ini.

Penyertaan YangBaik dalam giveaway ini agak lewat juga kiranya dah hampir dengan tarikh tutup. Beberapa halangan yang menyebabkan entri penyertaan lambat dikeluarkan.  Namun sebagai sokongan kepada rakan blogger, digagahkan juga buat entri penyertaan.  

Lebih daripada 40 rakan blogger yang tersenarai sebagai pemenang.  Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org sepenuhnya.  

No. 37

Inilah hasilnya.  Hadiah berupa barangan kraftangan Dari Sarawak, ditaja oleh Reen Reena.  Terima kasih Reena.

Reen Reena merupakan seorang blogger yang berasal dari Sarawak.  Reena menulis di blognya perkara berkaitan dengan gaya hidup, Travel, Novel, Resepi dan Masakan.   Selain dari itu Reena juga merupakan seorang Pencinta Kucing.  Pastinya seorang yang penyayang.  Dak gitu... Dan... kepada sesiapa yang ada produk untuk direview boleh dapatkan khidmat Reena.  

Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan penaja giveaway ini.  Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah tersenarai dan terpilih sebagai pemenang.

Akhir karangan, ribuan terima kasih dan tahniah kepada Tengkubutang atas penganjuran giveaway yang hebat ini.  Pastinya ada rintangan dan halangan, namun itu semua bukanlah penghalang untuk meneruskan giveaway lagi pada masa akan datang.  






9 ulasan:

  1. Singgah petang :)
    Tahniah :)

    BalasPadam
  2. Tahniah.. Tq buat entri penghargaan ini.. Terserlah keikhlasannya.. Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki kak lagi akan datang. Aaaminn

    BalasPadam
  3. Tahniah.. Tq buat entri penghargaan ini.. Terserlah keikhlasannya.. Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki kak lagi akan datang. Aaaminn

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...