FOLLOWER

6 Oktober 2015

Antara suka dan fobia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara suka dan fobia


Apa yang nak diceritakan hari ini seandainya nadanya sama dengan semalam.  Semalam yang dirasakan berduka dan sama juga perasaannya pada hari ini walaupun tidak seduka semalam.

Hati dan perasaan kita banyak sangat yang mempengaruhinya.  Walau secuit rasa sudah mampu merubah seribu rasa dalam diri.

Dalam keadaan tertentu kita suka dengan situasi itu bilamana ia tidak mendatangkan kesusahan kepada kita.  Bukan kerana tidak suka dengan ujian .... tetapi siapa pula yang suka dengan ujian sebegini.

Semuanya soal hati.  Bergantung kepada hati dan penerimaan kita.

Tunaikan amanah

Keliru?

Benar sekali.  Penulis ini sedang melalui fasa yang amat mengelirukan.  Entah apa yang hendak diceritakan dan tidak tahu pula bagaimana hendak digambarkan rasa hati ini.

Fobia berada di mana-mana.  Melihat dinding juga fobia.  Fobia dengan sang rayap yang melintas.

Fobia juga bila terkenangkan peristiwa itu.  Tiba-tiba rasa benci dan menyampah.  Namun siapalah kita untuk menyimpan rasa itu.  Kerana rasa yang terbuku itu mampu merosakkan hati dan jantung lantas merobek kebahagiaan.

Tunaikan segera amanah itu .... agar fobia itu tidak melarat sarat dalam jiwa.

Biar jiwamu tenang


3 ulasan:

  1. berusaha untuk menjadi yang lebih baik...yg terbaik itu lah yang akan menjadi pilihan :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    Suka vs fobia...
    Yang baik vs yang buruk..
    Walau apa pilihan kita...
    TERBAIK dan SEMPURNA menjadi PILIHAN semua MANUSIA..

    AM nak ajak..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM

    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
  3. menjadi yg terbaik di jalan Allah :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...