FOLLOWER

8 Januari 2015

Cabaran tugas penting hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran tugas penting hari ini


Perancangan untuk tugas penting hari ini telah dibuat pada tahun lepas tetapi tidaklah sampai 12 bulan, hampir 1 bulan tetapi disebabkan tahun yang berbeza nampak macam lama sangat.

Kita mampu merancang. In shaa Allah dengan kehendak Allah atas tujuan yang baik, perancangan kita akan terlaksana dengan sempurna.  Setiap halangan pastinya dapat diatasi walaupun penuh debaran.

Hari ini, perjalananan dari Seri Iskandar ke Tapah melalui jalan Kampung Gajah ke Chenderong Balai betul-betul mencabar.  Bukan kerana pemandangan sepanjang jalan yang penuh dengan air, tetapi terpaksa meredah air atas jalan.

Misi Selesai


Gambar di atas diambil semasa perjalanan balik dari Tapah, antara jalan dari Chenderong Balai ke Kampung Gajah.  Tidak ingat pula apa nama jalan atau nama tempat.  Tetapi tempat ini biasa dilalui untuk perjalanan ke Teluk Intan dan juga Tapah.  Bezanya pada hari yang lain yang pernah dilalui, jalan ini tidaklah sebegini mencabar.

Misi penting di Tapah bukan kerana hendak menyelamat mangsa banjir tetapi atas tugas rasmi yang merupakan satu daripada agenda penting untuk pendidikan. Walla... Cabaran untuk misi penting itu sudah selesai dan pelaporan juga telah berjaya disiapkan sebentar tadi.  Mungkin ada penambahbaikan sikit tunggu komen dari ketua kumpulan.

Cabaran yang penting yang menggoncang jantung dan kepala lutut adalah ketika melalui jalan ini. Syukur Alhamdulillah, berjaya dilalui dengan selamat.

Semoga urusan kita didasar dengan niat yang ikhlas untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Selamat bertugas dengan penuh dedikasi kepada petugas Misi Bantuan Penyelamat.  Sematkan keikhlasan dan kesabaran.  Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Terima kasih.

Doa Mohon Dihilangkan Rasa Berdebar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Alamak... rasa seperti ada rama-rama dalam perut.  Geli-geli pulak.
Terasa loya semacam... tapi tak pula rasa nak muntah.
Ketar lutut!
Rasa seperti kuda berlari kat tapak jantung.

Semua rasa di atas semuanya sering bermain-main dalam diri kita bila berhadapan dengan sesuatu peristiwa.

Semua rasa itu akan menjadikan kita lemah dan sukar melaksanakan kerja dengan betul.

Amalkan doa berikut, semoga bermanfaat buat semua.

Doa Mohon Dihilangkan Rasa Berdebar


Ya Allah, sesungguhkan kami jadikan (meletakkan) Engkau di leher-leher musuh kami dan kami berlindung kepada Mu dari kejahatan mereka.


*p/s:  Ada tugas besar dan berat hari ini.  Semoga saya mampu melaksanakannya dengan baik.  In shaa Allah.





Mutiara Kata #6/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kata-kata lemah beradab


Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.  (Hamka)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...