FOLLOWER

10 Januari 2015

Selesai jahit baju kurung sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju kurung sekolah



Alhamdulillah.

Setelah berhempas pulas dengan mesin jahit yang meragam bercampur pula dengan pembantu "tanpa izin", siap juga baju kurung sekolah untuk anak perempuan yang seorang ni, Irdina Huda.

Dua pasang semuanya dan sehelai kain hijau untuk sekolah KAFA. Jika berkesempatan boleh buat dua helai lagi baju kurung putih, ada lebihan kain sikit lagi. Tapi bukan masa terdekat ni sebab baju kurung tahun lepas boleh pakai lagi. Jadilah dulu. Tunggu umi kumpul masa dan semangat baru... hehehe.

Nak tunjuk model, dah tidur pulak. Petang tadi sempatlah cuba pakai sukat leher baju dan labuh kain. Rehat sekejap dan sambung semula pun dah agak lewat juga. Baju kurung tu pun tak lengkap lagi, esok baru nak jahit butang. Malam ni dah letih, mata pun dah tak nampak nak cucuk benang kat jarum.

Kerja-kerja menjahit macam ni memang saya suka, tetapi kena kumpul masa dan semangat sebab mesin jahit kena simpan. Kalau tidak memang selamatlah dikerjakan engineer tak bertauliah.

Sekian. Selamat malam.

posted from Bloggeroid

Untuk apa kita berbangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Untuk apa kita berbangga



Ada baiknya kita tukar dari berbangga dengan bersyukur, kerana kita ada semuanya.
Walaupun pada pandangan mata kasar manusia lain atau mata kasar kita sendiri, apa yang kita ada itu kelihatan seperti tidak sempurna. Tetapi itu adalah lebih baik dari orang lain yang tidak punya apa-apa (juga pada pandangan mata kasar kita).

Tidak perlu kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada.

Sentiasa bersyukur semoga Allah menambah keberkatan atas apa yang kita ada. In shaa Allah.

Semoga hidup kita dijauhkan dari sifat mazmumah,

Walla hua'lam

posted from Bloggeroid

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link :  yangbaik
instagram id :  yangbaik 


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!!




JANGAN JANGAN JANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peringatan

JANGAN ... JANGAN ... JANGAN

1. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.

2. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.

3. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

4. Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga

🚧🚧🚧🚧🚧🚧 Subhanallah 🚧🚧🚧🚧🚧🚧

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.


o (∩ ω ∩) o o (∩ ω ∩) o o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...