FOLLOWER

12 Januari 2015

Bekas makanan untuk bekal sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bekas untuk bekal sekolah




Terdapat banyak bekas makanan di pasaran. Ada betbacam-macam jenis, rupa bentuk warna dan saiz. Dalam keadaan masa yang agak terhad serta pilihan yang tidak banyak, capai saja bekas makanan yang difikirkan sesuai untuk bekal sekolah anak-anak.

Anak-anak, walaupun ada ketika agak cerewet dengan makanan perlu juga disediakan makanan dari rumah. Makanan ringkas pun tidak mengapa asalkan perut mereka tidak kosong. Bukan tidak percaya dengan kebersihan makanan di kantin sekolah, tetapi kasihankan mereka yang terpaksa berebut membeli makanan di kantin sekolah. Pernah juga anak cerita makanan yang diminta telah habis dan terpaksa menunggu untuk makanan lain yang perlu dimasak. Terpaksa menunggu pula hingga habis waktu rehat.

Sekarang mereka sekolah sesi petang, bimbang juga kelak dihidangkan makanan tengahari yang tidak habis. Anak-anak, tidak pandai menilai rasa dan bau makanan. Dalam keadasn kelam-kabut mungkin pakcik kantin tersilap hidang makanan yang hampir basi. Minta-minta tidaklah sampai begitu.

Berbalik kepada bekas bekal makanan yang baru dibeli, sudah tentu saya mengharapkan bekas itu dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Bukan apa anak-anak perlu diajar berjimat-cermat. Dengan membawa bekal ke sekolah, dapat jimat masa dari beratur dan kebersihan makanan juga terjamin.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Hari pertama sesi persekolahan 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari pertama

Alhamdulillah, hari ini 12 Januari 2015 merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2015 setelah ditangguhkan selama seminggu. Anak-anak pastinya antara yang tidak sabar hendak ke sekolah. Setelah hampir 2 bulan bercuti.

Sempat juga dengar perbualan antara Dina dan Alif pagi tadi semasa bersiap. Dina kata "tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah, rindu betul rasanya, macam manalah rupa mereka bila jumpa nanti". Alif pun tidak mahu kalah, katanya "abang, sebelum cuti sekolah dah jumpa semua kawan-kawan abang, tapi tak tahulah macam mana dengan kelas baru sebab ramai kawan-kawan abang tak naik kelas macam abang". Agaknya Alif bimbang nak jumpa kenalan baru dari kelas yang baru.

Tahun ini, sesi persekolahan sekolah kebangsaan (SKIP) dibahagi kepada dua. Tahun 1, 4, 5 & 6 sesi pagi dan tahun 2 & 3 sesi petang. Dina dan Alif sesi petang. Pagi masuk sekolah KAFA mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sekolah kebangsaan pula bermula jam 1.00 tgh hingg 6.45 petang. Agak lewat juga mereka balik rumah. Malam lepas maghrib nak mengaji Quran, bila ada kerja sekolah lambat pula tidurnya. Bila difikirkan macam tidak logik pula bila anak-anak terpaksa lalui semua ini. Tetapi itulah yang perlu mereka lalui untuk menuju ke alam berikutnya. Semoga mereka (anak-anak kita) mampu tempuhi setiap cabaran kehidupan dan tidak lari dari landasan akhlak Islam.

Tiada gambar untuk dirujukkan perasaan seorang umi terhadap kasih dan sayang kepada anaknya. Hanya satu harapan yang pastinya harapan setiap ibu adalah anaknya mampu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi warga yang berbakti kepada agama bangsa dan negara. Jangan sampai menconteng arang dimuka kedua orang tua dan keluarga. Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga.

Sekian. ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...