FOLLOWER

15 Januari 2015

Bilik tengah sudah kosong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bilik tengah


Sudah dikosongkan

Di rumah ini ada 3 bilik semuanya. Bilik utama, bilik kedua dan bilik ketiga. Semua bilik digunakan sepenuhnya untuk kegunaan keluarga. Bilik yang paling penting adalah bilik utama. Bilik kedua dinamakan bilik tengah dan lazimnya digunakan sebagai bilik bacaan, setor untuk menyimpan permainan anak-anak.

Bilik tengah ini dahulunya dijadijan sebagai ruang santai keluarga, tetapi setelah kelahiran anak ketiga bilik ini dijadikan sebagai bilik semula. Banyak sejarah yang tercipta.

Bilik ini juga pernah dijadikan sebagai bilik pengantin. Kerana itulah banyak barang di bilik berkenaan terpaksa dipindahkan sementara ke bilik bersebelahan. Sesak jadinya bila bilik utama penuh dengan barang mainan anak-anak.

Dan, petang tadi bilik tengah dikosongkan kerana perabot milik pengantin telah dipindahkan kepada tuannya. Agak letih juga bukan kerana mengosongkan bilik tengah ini tetapi bila mengenangkan kena susun semula perabot lain iaitu katil bujang dua tingkat. Biarpun letih pemasangan katil berkenaan harus juga dilaksanakan segera supaya nampak lebih kemas dan sedap mata memandang.

Aduhai... selamat mengemas.

( ^_^ )/~~拜拜

posted from Bloggeroid

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

Tidak kiralah, asal ada masa terluang walaupun sedikit mesti nak update blog.  Sebagai ganti kepada bila dah tak sempat nak update blog.  Bunyi macam fanatik sangat.  Boleh lah... asal tidak jadi bahan tontonan.

Entah apa yang dibebelkan tidak tahulah.  

Sebenarnya entri ini untuk menceritakan mengenai penyertaan dalam giveaway yang dianjurkan Bubblynotes.Com.  Sudah beberapa kali terlepas join giveaway anjuran Farah dan kali ini tempoh giveaway ini agak lama sedikit, jadi sempatlah join.  Tidak seperti yang lepas-lepas, simpan dalam draf akhirnya terlepas.
Giveaway kali ini berlangsung mulai 12 Januari 2015 sehingga 31 Januari 2015.  Masi banyak masa, kepada yang berminat sila klik banner di atas.  Cepat!!!

Cerita mengenai mengenai www.bubblynotes.com, Farah dan Ash 

1.  Mengenai bubblynotes.  Mula mengenalinya melalui segmen atau giveaway (kot) dah lama nak korek semula entri mana malas pula.  Dah jatuh cinta dengan blog ini sebab jalan ceritanya mudah dan selamba.

2.  Farah.  Belum pernah berjumpa 4 mata tetapi sering berbalas kunjungan melalui blog.  Pastinya seorang ibu mudah yang aktif memandangkan beliau sering terlibat dalam aktiviti anjuran Kelab Blogger BenAshaari.

3.  Ash atau nama penuhnya Iman Firash Bin Husaini dilahirkan pada 26 November 2013.  Tentunya baby boy yang sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu yang penyayang.  Ash mempunyai blognya sendiri iaitu imanfirash.blogspot.com.  Untunglah kecil lagi dah ada blog. :D

Sekian adanya cerita yang serba ringkas.  Tidak dapatlah nak menaip panjang lebar kerana masa terlalu cemburu dengan saya... hahaha.

Okey.  Terima kasih.

*p/s:  Jangan lupa klik banner di atas untuk menyertai giveaway hebat dan sebagai sokongan kepada rakan blogger. 

(*-*)


Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

2014 Year End Blog Giveaway!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


2014 Year End Blog Giveaway!

2014 year end blog giveaway anjuran Lin Handmade Greetings Card  blog kraftangan yang memaparkan kraftangan menggunakan kertas yang menarik.

Banyak kali juga Lin membuat giveaway, biasanya ringkas saja.  Sesiapa yang nak join senang sangat.  Tinggal lagi masa dan minat untuk join giveaway.  Bukan susah, kalau dah malas sangat atau tak sempat sangat tempek banner kat entri kemudian linkkan gambar dengan entri penganjur, tinggalkan komen... dah siap!

Tetapi seboleh-bolehnya buatlah entri panjang sikit sebagai penghargaan kepada penganjur atas peluang yang diberikan kepada kita untuk buat entri.  Untung-untung dapat juga sedikit trafik dari blog penganjur jadilah.

2014 year end blog giveaway berlansung mulai 5 Disember 2014 lagi.  Simpan draf entri punya lah lama tengok-tengok hari ini hari terakhir.  Agaknya masih sempat lagi tak?  

Klik banner di atas untuk menyertai (masih sempat lagi nie), atau paling tidak untuk melihat tutorial kraf dari kertas yang sangat menarik.

Selamat berusaha kepada semua.




Siapa kita semalam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Siapa kita semalam


Siapa kita semalam mentukan siapa kita hari ini.  Jadikan hari ini penentu siapa kita esok.

Semoga hari menjadikan kita insan yang diberkati dan berjaya untuk masa depan kita.  Lakukan yang terbaik untuk hari ini.  Ikhlaskan diri dengan setiap pekerjaan dan tugasan.  Semoga hari esok hidup kita penuh dengan kebahagiaan.

Kita berjaya atas usaha kita sendiri tanpa menjatuhkan orang lain. Kita juga tidak perlu menyusahkan orang lain untuk berjaya. Kita juga tidak perlu pentingkan diri sendiri.  Berusaha sehabis baik, pastinya kejayaan dan kebahagian itu milik kita.

Apa yang penting kita berjaya atas usaha kita sendiri dan saling bekerjasama dengan semua orang untuk kejayaan organisasi serta kebaikan semua.

Kita perlu berusaha tanpa mengharapkan orang lain. Setiap dari kita ada tugas dan tanggungjawab kepada diri sendiri.

Semoga kita berjaya dunia dan akhirat. Inshaa Allah, berkat usaha sendiri.

Siapa kita semalam mentukan siapa kita hari ini.  Jadikan hari ini penentu siapa kita esok.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...