FOLLOWER

20 Januari 2015

Tips Menulis Blog Bila Tiada Idea

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tips menulis blog


Bawa bertenang


Sekarang ni saya perhatikan blog sudah semakin banyak, tumbuh umpama cendawan lepas hujan. Kebanjiran blog bukan sahaja menambah saingan dalam kedudukan rank blog tetapi turut menjejaskan idea.

Kita merasakan apa saja yang kita hendak update di blog telahpun diupdate oleh blogger lain yang lebih cekap dan pantas. Sehingga mematikan idea kita.

Tips yang ingin saya kongsikan adalah, teruskan saja menulis apa yang terlintas di fikiran kita selagi ia tidak menyalahi hukum alam dan konvensyen manusia sejagat.

Memang benar sesuatu isu itu akan menjadi perbualan hangat ketika ia mula menjadi bahan utama. Umpamanya lagu Aku tanya apa khabar, caliph buskers, mojo, romantika cinta dan banyak lagi. Teruskan menulis mengikut kefahaman kita tanpa perlu bergantung kepada apa yang ditulis oleh blogger lain.

Harus ingat juga penulisan kita turut membawa imej dan menjadi cermin kepada peribadi dan jiwa kita. Tulislah dengan penuh berhati-hati agar tiada hati yang terluka. Banyak sangat provokasi pun tidak bagus untuk blog kita. Bimbang dipulaukan pula.

Okey, saya berhenti menceceh di sini. Semoga tips yang diberikan mampu menjadikan kita blogger yang istiqamah dengan penulisan yang berfaedah buat bangsa dan negara.

Blog kita jiwa kita. o (∩ ω ∩) o
posted from Bloggeroid

Akhlak yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap dari kita pastinya impikan syurga.

Justeru sentiasalah berbuat baik kerana :
"Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam syurga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik".  (HR Tirmidzi)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...