FOLLOWER

21 Januari 2015

Pelindung habuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Baru beli di 7-11



posted from Bloggeroid

Aktiviti di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Susun kerusi meja mainan


#Rabutanpakata
#MalaysiaBestBlog2015

posted from Bloggeroid

Vector Potrait dari Blog Sihatimerahjambu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Vector Potrait

Credit to Blog Sihatimerahjambu
Terima kasih.

#Rabutanpakata
#MalaysiaBestBlog2015

Top 10 Malaysia Best Blog 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Malaysia Best Blog 2015



Bilangan blog di Malaysia semakin hari semakin bertambah mungkin sampai tidak terhitung dek jari jemari kita.  Pertambahan blog juga pastinya seiring dengan pelbagai 'niche' dan sebab sesuatu blog itu dibangunkan.  Terpulang kepada individu itu sendiri blog yang bagaimana yang hendak dihasilkan asalkan ia bukanlah semata-mata untuk memberi persepsi negatif kepada blogger kerana menghasilkan blog murahan yang mempamerkan gosip atau fitnah semata-mata.  Pastinya blog yang dihasilkan mampu memberi kebaikan kepada pembaca sama ada secara langsung atau tidak.

Untuk tahun 2015, walaupun masih terlalu awal untuk menjadi best blog di Malaysia tetapi contest SEO ini pastinya menjadi titik tolak untuk blog yang menjadi pilihan ramai blogger masa kini menjadi top dan popular di Malaysia.

Dalam masa yang sama melalui contest SEO “Malaysia Best Blog 2015”, peserta boleh mencuba kemahiran SEO, belajar teknik baru SEO dan dapat saling kenal-mengenali sesama rakan blogger.

Top 10 Malaysia Best Blog 2015 


Banyak sebenarnya Malaysia Best Blog 2015 yang menjadi pilihan yangbaik.  Namun disebabkan kesuntukan masa serta untuk memenuhi keperluan Contest SEO terhebat 2015, saya senaraikan 10 sahaja dulu blog-blog yang bakal menjadi Malaysia Best Blog 2015.

Malaysia Bes Blog 2015 pilihan saya adalah:


Mialiana.com

1.  Blog Mialiana.com

Blog yang memaparkan perkongsian pengetahuan dalam dunia IT dan pengalaman bersama pembaca. Dimiliki oleh rakan blogger bernama  Mia Liana.  Adalah diharapkan Mia Liana akan terus sukses dalam dunia blogging dan dapat memberikan banyak tips yang menarik dalam dunia IT terutamanya dalam blogging.



denaihati.com

2.  Blog Denaihati.com

Antara blog yang saya kenali pada awal pembabitan saya dalam dunia blogging.  Bermula dengan contest Weblog Popular 1Malaysia seterusnya diikuti dengan Hidup Berani Untuk Gagal.  Menerusi blog ini jugalah saya berjaya melonjakkan Page Rank kepada 2/10 dan sehingga sekarang masih kekal begitu.  Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari blog yang terkenal dengan tagline 'Hidup Untuk Memberi'.



hasrulhassan.com

3.  Blog Hasrulhassan.com

Blog ini kalau nak diceritakan sejarahnya, jenuh juga lah nak korek entri yang lepas-lepas.  Blog ini banyak memaparkan tip-tips menarik mengenai SEO, bagaimana hendak meningkatkan imej blog dan isu-isu semasa.  Pernah juga bertapak dalam bloglist blog Hasrullhassan.com.  Tumpang tuah SEO blogger memang tak rugi.



Relaks minda

4.  Blog Relaks Minda

Penulisnya lebih dikenali dengan Bin Muhammad atau BM.  Blog yang popular dengan niche kitar semula atau berkaitan dengan keindahan alam sekitar.  Menjejakkan kaki ke blog ini satu pengalaman yang menarik kerana penuh dengan ilmu dan manfaat bukan sahaja berkaitan dengan isu semasa, alam sekitar tetapi juga ukhuwah.


azhafizah

5.  Blog Sihatimerahjambu

Blog yang menarik, penuh dengan gaya tersendiri seorang grafik designer.  Banyak juga perkongsian mengenai pengalaman dan gaya hidup.  Satu pengalaman yang manis apabila cubaan mendapatkan vector potrait  yang pada asalnya sekadar suka-suka tetapi diterima dan terpilih sebagai pemenang. Banyak design dipaparkan di page Portfolio.  Pastikan tidak terlepas dari melepak di blog Sihatimerahjambu untuk melihat koleksi design blog yang telah dihasilkan.



Warkah Buah Isteri

6.  Blog Warkah Buat Isteri

Seorang penulis blog yang menulis untuk mengabadikan pengalaman bersama isteri tercinta. Pastinya ramai yang mengikuti perkembangan Duda Idaman Malaya.  Banyak tip-tip mengenai perhubungan dalam rumahtangga diberikan secara selamba dan bersahaja namun memberi kesan dan peringatan buat kita.  



saifulislam.com

7.  Blog SaifulIslam

Blog yang memaparkan banyak maklumat berkaitan hidup beragama.  Menyediakan bahan bacaan untuk mengisi kekosongan jiwa.  Penulisan bersahaja berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sudah tentu amat berharga bila dikongsikan bersama pembaca.  Membacanya memberikan kita kesedaran yang kadang-kadang kita alpa dan leka dengan kesenangan atau kesusahan yang kita kecapi.


Fatin Liyana

8.  Blog Fatin Liyana 

Siapa tidak kenal Dr. Fatin Liyana yang baru sahaja bertunang dengan seorang doktor juga.  Doktor comel yang bijak berceloteh.  Membaca blognya tidak jemu kadang-kadang boleh membuatkan kita tersengih sendirian walaupun kita bukanlah dari jenis orang yang kelakar.



Uncle Gedek

9.  Blog Uncle Gedek

Seorang blogger lelaki yang mula berblogging pada usia 40an, katanya lah.  Seorang blogger lelaki yang suka letakkan gambar sendiri (selfie) dengan caption ringkas seolah setiap hari adalah entri "Wordless Wednesday".  Kenapa banner blog di atas ada warna warni? Saja nak letakkan sedikit warna sebab blog berkenaan tiada warna yang lain selain dari warna hitam sebagai warna latar dengan tulisan putih dan kalau ada warna pun pada gambar selfie.  Kadang-kadang gambar pun warna hitam putih juga.  Agak-agaklah kan nak tak uncle gedek tukarkan header blog dia macam banner yang saya buat di atas?  


Oh! Duit

10.  Blog Oh! Duit

Blog ini saya pilih sebagai antara Malaysia Best Blog 2015 bukan sahaja kerana dia penganjur contest ini tetapi kerana pengisian blognya yang penuh manfaat. "Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa" begitulah hendaknya dalam hidup kita.  Walaupun bukan kerana contest Malaysia Best Blog 2015, blog ini tetap juga menjadi pilihan untuk dilawati kerana terdapat banyak nota dan maklumat berkaitan dunia blogging seperti nota SEO, nota Blog dan Bisness Online.  Blog yang banyak panduan saya suka baca dan pastinya ramai blogger suka baca.


Kesimpulan


Kalau tak silap entri SEO Malaysia Best Blog 2015 merupakan entri pertama tahun 2015 yang paling panjang di blog ini.  Apa tidaknya nak kena review top 10 Malaysia Best Blog 2015 yang menjadi pilihan.  Bukan calang-calang entri, dah hampir seminggu entri ini terperap dalam peti draf.  Buat entri ini memakan masa sehingga seminggu untuk mencari idea, taip sikit-sikit dan hasilnya beginilah panjangnya.

Kepada rakan blogger yang lain tidak perlu berkecil hati sekiranya saya tidak memaparkan blog anda dalam contest SEO Malaysia Best Blog 2015.  Jika bukan saya yang pilih mungkin ada blogger lain yang akan memilih anda. 

Masih banyak lagi blog yang hebat untuk dijadikan bahan rujukan rakan blogger terutama yang baru mula menjebakkan diri dalam dunia blogging.

Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.  Selain dari menyertai entri kita boleh juga merujuk senarai blog hebat yang menjadi pilihan ramai blogger hebat.


Kepada rakan blogger selamat berjuang dan bersaing secara sihat dalam Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015!


Tips memahami Al-Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tips memahami Al-Quran



#Rabutanpakata
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...